Full Width CSS

Minyak ohhhh Minyak~

LONDON 22 Mei – Harga minyak mentah dunia terus meningkat lagi hari ini mencecah paras ketinggian baru melebihi AS$135 (RM432) setong ekoran kebimbangan terhadap kekurangan bekalan dan peningkatan permintaan.

Minyak mentah Brent North Sea melonjak ke paras tertinggi baru kepada AS$135.13 (RM432.41) setong dan penanda aras pasaran, harga minyak berkualiti tinggi Light Sweet New York merekodkan harga tertinggi baru pada AS$135.09 (RM432.28) setong.

Harga minyak di pasaran hadapan telah meningkat lebih daripada satu pertiga sejak awal tahun ini apabila ia buat kali pertama mencapai paras AS$100 (RM320) setong.

Ini berikutan ketidaktentuan senario politik di negara pengeluar minyak, pengurangan stok bahan tenaga, keengganan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) meningkatkan pengeluaran, permintaan tinggi dari negara-negara Asia serta kelemahan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).

Harga minyak mentah dunia telah mencecah AS$130 (RM416) semalam sebelum terus mengalami peningkatan berikutan berita mengenai kejatuhan stok simpanan tenaga AS minggu lepas.

Ulasan
Sekarang ni dh tibe masanya kita mencari alternatif lain menggantikan petrol. Lebih mudah jika semua kenderaan di M'sia menggunakan Natural Gas Vehicle (NGV). Lebih jimat lebih baik. Bayangkan jarak perjalanan sejauh 200KM dgn hanya bermodalkn RM8.00 shj. Kan jimat tu.
Mungkin kos pemasangannye menelan belanje yg besar tp faedah nya adalah lebih baik utk jangka masa panjang. Walaupun NGV ni masih baru diperkenalkn kpd kenderaan persendirian tp ia mmg menguntungkn pengguna dan pemilik kereta terutamanya. Semua kenderaan bole gune NGV ni kecuali motosikal la..
Kalo pakai kete petrol & NGV skali, korg leh jimat 25% road tax dan byk lg ar faedah korg leh dpt. Cube try usha web page NGV ni www.ngv.net.my

Post a Comment

1 Comments

  1. betul,minyak sekarang mmg mahal.kena jual kereta naik motor plak sbb harga minyak sebulan 1/2 harga installment kereta = (

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..