Full Width CSS

Rezeki Dari Langit


JAKARTA 1 Jun – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital setelah pengsan sewaktu berebut wang kertas yang ‘jatuh dari langit’.

Insiden itu berlaku apabila ribuan penduduk berebut-rebut mendapatkan wang kertas yang ditabur dari sebuah pesawat ringan oleh seorang ahli perniagaan, Tung Desem Waringin.

Ribuan wang kertas 1,000 dan 5,000 rupiah yang berjumlah 100 juta rupiah (RM34,700) ditabur dari pesawat itu sebagai satu bentuk promosi buku terbaru Waringin hari ini.

Pesawat ringan tersebut terbang di ruang udara berhampiran sebuah stadium bola sepak di bandar Serang, 60 kilometer ke barat Jakarta.

Mengikut perancangan awal, Waringin mahu menabur wang-wang tersebut di ibu kota Jakarta tetapi gagal mendapat kebenaran pihak polis.

Akhbar dalam talian, Detikcom melaporkan, sewaktu penerbangan pertama dan kedua, wang- wang tersebut jatuh 500 meter dari stadium berkenaan.

Khabar mengenai tindakan Waringin itu tersebar sejak semalam dan keadaan itu menyebabkan ramai yang menunggu di kawasan tersebut untuk mendapatkannya.

Dalam laman blognya, Waringin berkata, beliau lebih memilih untuk mendermakan wang tersebut kepada mereka yang memerlukan berbanding teknik promosi biasa untuk memperkenalkan buku baru.


Ulasan
Walaupun caranya unik tp harapannya utk membantu mereka yg kurang bernasib baik sgtlah mulia. Kite bole mencontohi diri Tung Desem Waringin tp mungkin cara pelaksanaan kite sedikit berbeza berbanding beliau.

Ini merupakan salah satu cara utk membuat amal, bagi sesetengah org mungkin merahsiakn nama lebih baik drpd bermegah-megah dgn nama dan sanjungan. Walaubagaimanapun masing-masing mempunyai cara yg tersendiri.

Layan~

*agaknye mcmne la keadaannye kalo duit jatuh dr langit kt Jln Bukit Bintang?

Post a Comment

0 Comments