Full Width CSS

Tali Pinggang Keledar

KUALA LUMPUR 1 Jun — Kerajaan dan pengeluar kereta tempatan telah mencapai persetujuan untuk menyediakan dan memasang tali pinggang keledar di bahagian belakang kenderaan secara percuma bagi kereta buatan tempatan tidak lama lagi.

Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat berkata perjanjian berhubung perkara itu telah dirumuskan dan memorandum persefahaman antara kerajaan dan pengeluar dijangka ditandatangani dalam beberapa hari lagi.

"Kami telah memperincikan perkara ini secara sistematik kerana ia melibatkan wang dan juga kejuruteraan.

"Kami berharap inisiatif ini akan mengurangkan beban orang ramai berikutan peraturan mensyaratkan pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang di bahagian belakang kenderaan mulai hari ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran lukisan Cina hari ini.

Ong berkata kerajaan juga sedang bekerjasama dengan sektor korporat untuk menubuhkan tabung bagi mensubsidikan kos pemasangan tali pinggang keledar di bahagian belakang kenderaan.

Mulai hari ini, penumpang bahagian belakang kereta disyaratkan memakai tali pinggang keledar. Selepas tempoh kelonggaran selama tiga bulan, mereka yang didapati tidak mematuhi undang-undang baru itu akan dikenakan denda.

"Saya ingin menasihatkan penumpang kereta supaya memakai tali pinggang keledar dan pemilik kereta yang masih belum memasang tali pinggang supaya segera berbuat demikian dan tidak menunggu hingga saat akhir,” katanya.

Kerajaan juga memberikan tempoh tiga tahun kepada pemilik kereta untuk memasang tali pinggang keselamatan itu. Kini, hampir 90 peratus kenderaan dilengkapi tali pinggang berkenaan.

Ulasan
Bagus betol k'jaan M'sia ni. Siap nk tlg kasi pemasangan percuma tali pinggang keledar lagi tu. K'jaan penyanyang, mane bole dpt k'jaan yg baik mcm ni. Duduk dkt S'pore pun blom tentu kite dilyn mcmni. Bak kata org di negara lain, rakyat M'sia mmg bertuah, k'jaan M'sia betol-betol sygkn rakyatnya. Tp kite syg ker tidak k'jaan kite sdr???
Lu pikirlah sdr !!! - Nabil

Post a Comment

0 Comments