Full Width CSS

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah

Keengganan DSAI memberi sampel DNA dirinya bg siasatan terhdp kes liwatnya bole dikatakan sbg tidak memberi kejesama yg baik pd pihak Polis.

Jika DSAI pk dirinya tak bersalah nape takot nk kasik sampel DNA ??
Takkan Polis nk sabotaj laporan perubatan tu nnt ??
Atau adakah DSAI benar-benar bersalah dan takot maruahnya akan tercalar serta hukuman yg bakal dijalani nnt..

DSAI patot berpegang pd pepatah Melayu,

'berani kerana benar, takot kerana salah'

Jika benar-benarlah dirinya tak bersalah, buktikan bhw dirinya tak bersalah dan jgn berteka teki dlm kes ini dgn mengheret pelbagai pihak yg lain utk terlibat sama.

Post a Comment

10 Comments

  1. Bagaimana DNA dapat dimanipulasi?
    -----------------------------------


    Ketepatan DNA dalam menentukan identiti seorang individu jangan disangkal. Hanya dengan DNA dapat menjadi bukti dalam apa jua kes siasatan. Dalam apa-apa kes jenayah, walaupun tidak melibatkan kes kematian, pembunuhan, rogol dan sebagainya, DNA dapat membantu dan membuktikan identiti individu yang terlibat dan membuktikan sama ada menjadi pesalah mahupun bukan pesalah dan anda boleh dipersalahkan!

    Sampel DNA boleh didapati dari setiap inci badan manusia. Bukan hanya dari darah, malah dari rambut, bulu roma, air liur, mani, sel kulit, kuku dan sebagainya. Di negara-negara barat, polis menyimpan data-data DNA warganya lebih-lebih lagi bagi penjenayah-penjenayah yang telah dikenalpasti sebagai rekod tindakan polis.

    Oleh kerana itu, di Malaysia dan dimana-mana negara, setiap warganya mempunyai hak untuk tidak membenarkan mana-mana pihak mengambil sampel DNA seseorang individu kecuali individu itu diperincikan tujuan DNA itu diambil dan relevannya dengan siasatan agar DNA ini tidak dimanipulasikan sewenang-wenangnya. Ianya bertujuan menghalang perbuatan mensabotaj dan berlakunya pengkhianatan.

    Sebagai contoh mudah, anda adalah suspek (telah direman dan sebagainya) dalam satu tuduhan rompakan bank. Dalam kejadian tembak-menembak, anda telah ditembak di kaki. Darah menitis di lantai dan anda berjaya melarikan diri semasa hari kejadian.

    Polis Jenayah Siasatan Tempat Kejadian telah mengambil sampel darah dan mengenalpasti milik DNA. Setelah siasatan, terbukti DNA itu adalah milik anda dan membuktikan anda adalah orang yang terlibat dalam rompakan itu.

    Itupun jika siasatan polis telus dan memperincikan perkembangan siasatan dari semasa ke semasa. Sentiasa membuat sidang akhbar dan memaklumkan perkembangan dan keperluan sebenar DNA anda di ambil.

    Jika ketelusan ini tidak berlaku, perkara manipulasi dan sabotaj terhadap bukti DNA boleh berlaku. Bagaimana manipulasi ini berlaku?

    Anda tidak pernah terlibat dalam apa-apa rompakan. Anda seorang yang baik. Disenangi oleh orang kebanyakkan. Tetapi ada beberapa kerat manusia yang tidak suka anda, dengki dan berniat jahat terhadap anda. Mungkin anda terlalu kacak (contoh) maka ada yang iri hati. Orang yang berniat jahat ini mempunyai kuasa dan mempunyai pertalian baik dengan polis.

    Maka, polis yang tidak pernah memaklumkan siasatan dengan terperinci ini, tiba-tiba mengatakan DNA anda diperlukan untuk siasatan. Anda yang terlalu baik dan percaya kerana tidak mahu dikatakan takut kerana salah, berani kerana benar, merelakan DNA anda diambil. Sekaligus memerangkap diri sendiri.

    Anda dikatakan telah berada di tempat rompakan kerana DNA dari darah yang dijumpai di tempat kejadian adalah bertepatan dengan DNA anda. DNA dari darah asal telah dimusnahkan bagi menghilangkan bukti. Maka merengkoklah anda terhadap jenayah yang anda tidak lakukan.

    ReplyDelete
  2. Menjawab artikel saudara yg dgn jelas cuba menjatuhkan maruah seorang muslim dgn niat jahat;


    DSAI bersama para peguam membantah penahanan beliau dengan alasan, beliau bersedia untuk kembali serta membantu pihak polis dalam merekodkan keterangannya pada bila-bila masa sahaja. Peguamnya berpendapat tidak perlu bagi DSAI ditahan semalaman dan beliau wajar dibebaskan dengan jaminan polis.

    Artikel 112 digunakan utk mengambil keterangan saksi tetapi beliau ditahan oleh 20 org polis commando dgn kasar spt seorang penjenayah besar.

    Pihak polis, melalui pegawai penyiasat tetap berkeras agar DSAI terus ditahan dalam lokap untuk semalaman walau menyedari keadaan fizikal beliau.Beliau terpaksa bermalam dalam lokap dan tidur berlantaikan simen dingin yang ternyata menjejaskan sakit belakang yang beliau alami akibat dipukul keras oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor pada 20hb September 1998.

    DSAI mempunyai alasan munasabah untuk tidak lagi mempercayai sistem.

    1.sepanjang perbicaraan kes liwat tahun 1998 yang merupakan satu pertuduhan palsu, bukti DNA yang dipalsukan digunakan ke atas beliau. Individu-individu yang terlibat dalam pemalsuan bukti-bukti pada ketika itu, yang sekarang ini ialah Ketua Polis Negara, Penolong Pesuruhjaya Kanan Rodwan dan Peguam Negara, aktor-aktor penting penyiasatan sekarang.

    2.Sehingga sekarang beliau dihalang dari mendapatkan laporan polis yang dibuat oleh petuduh terhadap beliau.

    3.Petuduh masih dibawah jagaan polis, oleh kerana itu ada kemungkinan besar pemalsuan akan belaku jika mereka mengambil DNA beliau.

    4.Keputusan untuk tidak membenarkan ujian DNA ke atas diri beliau adalah di atas nasihat peguam dan juga pakar DNA tempatan dan juga antarabangsa.

    -----------------------------------

    Jika saudara suka menyerang tanpa fakta jadi sy mengemukakan fakta atas artikel saudara.
    Sy berpendapat supaya saudara berfikir secara matang dan berilmiah sebelum mengeluarkan artikel2 yg bersifat provokasi dan fitnah.


    Sekiranya saudara berbuat demikian kerana inginkan publisiti murahan maka saudara telah pn mendapatnya.Tetapi di akhirat saudara pasti tidak dapt menahan siksaan Allah terhadap usaha saudara utk menjatuhkan nama seorang muslim secara sengaja dan berniat jahat.

    Fikir2kan lah

    ReplyDelete
  3. Ye le kenapa susah sangat nak bagi Polis buat DNA.
    DSAI kan seorang ilmuan islam & percayalah pada Qada&Qadar.Allah beserta dgn org yg baik jadi apa nak takutkan.

    Wasalam Mat Indera

    ReplyDelete
  4. Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan tidak akan terlibat dalam siasatan berhubung tuduhan liwat melibatkan Dato' Seri Anwar' membawa pelbagai interpretasi

    Ia seolah-olah mengiyakan bahawa sebelum ini berlaku konspirasi melibatkan kedua-dua individu pada tahun 1998 yang mengakibatkan Dato' Seri Anwar dizalimi selama 6 tahun merengkok di dalam penjara atas kesalahan yang direka-reka

    ReplyDelete
  5. Adalah sesuau yang sangat mengelirukan tatkala Abdullah mengatakan bahawa Gani tidak akan terlibat di dalam konspirasi ini, sedangkan jelas disebut di dalam Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan bahawa Peguam Negara adalah mempunyai kuasa, dan kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budi bicaranya, bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa pembicaraan mengenai sesuatu kesalahan, lain daripada pembicaraan di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah bumiputra atau mahkamah-tentera

    Ini juga dijelaskan di dalam 'Seksyen 376 Kanun Keseksaan Jenayah : The Attorney General shall be the Public Prosecutor and shall have the control and discretion of all criminal prosecutions and proceedings under this Code.'

    ReplyDelete
  6. Kenyataan Pak Lah ttg Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan tidak akan terlibat dalam siasatan berhubung tuduhan liwat melibatkan DSAI sbenanye ialah bentuk keterbukaan pemimpin negara utk menjadikan siasatan kes ini lebih telus.

    Ini krn DSAI seringkali mengatakan kes ini akan menyebabkn dirinya teraniaya oleh 2 org berjawatan tinggi ini.

    Oleh itu k'jaan sedia mengetepikn Ghani & Musa utk tidak terlibat.
    Ape lg yg DSAI mahukan sbenanyer?

    Adakah beliau mahu mempolitikkn kes DNA atau beliau mmg betol2 bersalah dan ingin kaitkn semua yg tersebut agar mereka dikecam sbg org tidak amanah dlm menjlnkn tugas.

    think think think

    ReplyDelete
  7. bagaimana mungkin gani dan musa x terlibat sedangkan mereka ada kuasa tanpa batasan?haih..

    pak lah x ada kuasa utk tidak membenarkan mereka terlibat melainkan dgn menggantung jawatan mereka.

    jelas anwar telah memberikan keterangan dan bukti kepada bpr.semasa disiasat musa dan gani mana leh jalankan tugas lagi...tp relax je diorang

    ReplyDelete
  8. semua yg komen takde nama ker??

    anonymous je..

    huhu~

    ReplyDelete
  9. letak nama nanti ramai org kenal la.
    baik letak anonymous.

    hahahahaha

    ReplyDelete
  10. p mampos la mereka-mereka itu

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..