Full Width CSS

Berani Kerana Benar, Takot Kerana Salah

BUKIT MERTAJAM 15 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan upacara bersumpah yang dilakukan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi membuktikan kebenaran dakwaan bekas pembantunya itu diliwat oleh beliau sebagai gimik politik kotor UMNO untuk menjatuhkannya.

Beliau yang diminta memberi reaksi terhadap sumpah Mohd. Saiful, 23, yang dibuat di Masjid Wilayah Persekutuan petang ini, selepas bertemu orang ramai di Pasar Malam Ampang Jajar di sini malam ini turut menyalahkan pihak polis yang didakwanya mendalangi dakwaan kes liwat ke atasnya.- Utusan.

Petikan sumpah Saiful :

“Bismillahirrahmanirrahim. Pada hari ini, 14 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan Nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut...

"A'uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T sehingga ke kiamat. Wallahualam."

Ulasan

Astaga, kalo betolla Saiful tu menipu. Tak tau la apa nasib dia nnt. Tp perkara sumpah dgn nama Allah ni bkn bende main². Nmpknya mmg Saiful betol² serius dgn dakwaannya trhdp Anwar.

Adakah Saiful boneka UMNO? Sanggup pula Saiful dilaknat Allah semata² utk menjatuhkn Anwar? Jika yg demikian, Anwar pun sepatotnya berani bersumpah atas nama Allah membela dirinya juga tidak bersalah. Tp nape plak Anwar tak berani angkat sumpah??

Mengapa terlalu byk dolak dalik utk berkata benar? Saiful tau yg kesan drpd sumpahnya tu akan memakan diri tp sejauh mana kesahihannya hanya Allah S.W.T shj yg Maha Mengetahui.

'Berani krn benar takot krn salah'

Post a Comment

13 Comments

  1. Saudara riziqin,

    1.Dalam Islam seseorang yg memfitnah atau difitnah tidak boleh bersumpah selagi keputusan mahkamah syariah(dalam kondisi di Malaysia mahkamah civil) belum diputuskan.Click nama sy utk ulasan lanjut ttg kes yg byk pertindihan dan tak logic.

    2.Saudara keliru nampaknya.Anwar tidak bersumpah atas nasihat ulama,Dato Harussani.Manakala Saiful pula mengikut telunjuk umno.Jadi mana lagi baik?fikir atas kewarasan saudara.

    3.Tiada yg pelik dalam dunia ni.semua org boleh bersumpah.pada 1998 azizan bersumpah anwar meliwat beliau.3 bln selepas tu

    sebenarnya tanpa sedar anda telah menunjukkan sikap ignorant dan tidak memahami wacana ilmiah.anda fanatik terhadap umno atas alasan ketuanan melayu.Dalam hati saudara hanya ada sifat assobiyah iaitu perasaan eksklusif terhadap bangsa2 lain.

    Nabi s.a.w. bersabda: “Bukan dari umatku mereka yang berjuang dan menyeru kepada assobiyah (perkauman)".

    kita bertanggung jawab terhadap apa yg pena kita tulis dan apa yg kita katakn.Ingatlah tiada siapa dapat menahanan seksa Allah.

    p/s: click nama sy direct terus ke blog utk melihat video saiful yg tergagap 'membaca' sumpahnya(Siap silap tarikh lagi =p)dan keraguan terhadap kes ini.

    ReplyDelete
  2. thanks jurai,

    aku lebih suke tunggu dan lihat shj.

    sedangkn org nk bernikah pun ade kene ulang 2 3 kali sbb terlalu gementar.

    ReplyDelete
  3. Kalau betul-betul DSAI tdk bsalah mengapa DSAI tdk berani bsumpah?

    Jgn takut mempthnkan diri sdr jika yakin tdk bsalah.

    ReplyDelete
  4. coffin maker,u miss the point already..such ignorant.haih~~

    ReplyDelete
  5. memandangkan aku dh agak apa yg ko akn post utk posting slps ni (memandangkan tendency tulisan ko ke mencari kelemahan Pakatan Rakyat) biar aku komen awal2.

    kejadian wartawan kena pkul tu benda biasa la.kadang2 wartawan ni annoying mcm yg berlaku kat dewan bahasa dan pustaka di mana pengawal membelasah wartawan yg x sabar2 nk kuar dari bilik.

    tp kalau benarlah penyokong pkr yg pukul wartawan kerana terlalu marah dgn media2 yg berat sebelah lalu mereka melempiaskan kemarahan kepada kakitangan media perdana tersebut.

    DSAI menjwab soalan wartawan berkenaan peristiwa tersebut;

    "Anda betul untuk mempersoalkan (saya) supaya mengingatkan rakan dan penyokong kami, (tetapi) pendirian kami ialah kami tidak mahu (laporan) yang berat sebelah, memfitnah dan berniat jahat semasa pilihan raya"

    Mengenai dakwaan anggota Puteri Umno yang sekumpulan lelaki PKR meraba punggung mereka semasa perhimpunan di pusat penamaan calon semalam, Anwar berkata mereka patut membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan.

    ReplyDelete
  6. lupa nk bagitau sila click nama sy ya sbb ada gambar menarik nk kongsi dgn saudara.kalau saudara kata penyokong pkr biadap,kita lihat bagaimana 'bukti' kebiadaban penyokong BN.

    ReplyDelete
  7. saya pelik kalau ada penyokong2 umno ni masih suka mengangguk cakap pemimpin diorang lg lpas kenyataan najib ni(klik nama untuk berita lanjut).

    dulu pemimpin umno cakap minyak xkan turun lagi.harga minyak makin mahal.skrg ni bila dh terdesak sbb rakyat dh x percaya dia keluar 1 lagi statement

    "Tak perlu tunggu Anwar turunkan harga minyak, kerajaan pun boleh turunkan"

    ini bukan cakap x serupa bikin ke?bukan.sebenarnya pemimpin2 ni x bersalah.mereka ni mmg bodoh ekonomi.jadi sblm ni bila anwar kata boleh turun diorang bangkang kata anwar penipu,bohong rakyat.tp kenyataannya yg penyokong2 umno terpaksa telan pemimpin2 diorang ni bodoh dan x tahu memerintah.

    penyokong2 bn ni ada beberapa kelompok;

    1.org2 kg tua yg hidup susah zaman jepun dulu.jadi diorang dh rasa bagaimana susahnya nk dpt kemerdekaan atas perjuangan org2 dulu.diorang dh bersyukur bila bn memerintah diorang buat lampu,ada jalan.x dpt hidup senang pn xpe la kata mereka.

    tp kenyataannya kerajaan mmg sepatutnya bagi lebih dari jalan or lampu,pakcik2 n makcik2.

    2.Org2 muda yg malas berfikir @ dgn kata lain ignorant.diorang ikut telunjuk pemimpin umno sbb bagi diorang pemimpin umno menjaga kebajikan org melayu dan umno lah sahaja yg boleh memimpin.

    tp kenyataannya org melayu semakin papa kedana dari hari ke hari memandangkan harga sara hidup semakin tinggi manakala pendapatan per kapita negara x naik2 since zaman tun mahathir.tanah2 rezab melayu tergadai dgn alasan untuk pembangunan.semakin ramai pelajar2 malayu ipta yg grade menganggur sbb kerajaan x dpt nk amik lagi diorang keje.nk harap keje dgn org cina,diorang x pandang fresh graduate ipta(sebenarnya diorang nk balas kat kerajaan yg zalim dgn non malay)

    3.1 golongan lagi ni mmg haprak.diorang ni pandai sbb dgn menyokong umno diorang akn dpt projek2 dan tender2.bagi diorang rakyat menderita sbb hak mereka dirampas xpe,janji business masuk.selalunya org2 ni ada hubungan keluarga,kroni dgn pemimpin2 umno ni.xpa,nant kat akhirat hangpa semua rasa la.ingat lepas taubat hangpa leh lpas lagi ka?dosa hangpa xkan diampunkan selagi hangpa semua x minta maaf kat semua rakyat yg rasa dizalimi.nauzubillah

    ReplyDelete
  8. saya pelik kalau ada penyokong2 umno ni masih suka mengangguk cakap pemimpin diorang lg lpas kenyataan najib ni(klik nama untuk berita lanjut).

  9. askm~
    tak ada pon dalam islam menyuruh umatnya bersumpah dgn memegang AL QURAN kerana perkara yg sedemikian..
    sumpah itu kalu ia pon nak juga dibuat hanya untuk pasangan suami istri.(dlm masalah2 tertentu)
    ...
    yg benar itu akan diketahui...nantikan saje..^_^

    ReplyDelete
  10. Utk perkara-perkara tertentu mgkin bole sbb ini berkaitan dgn isu aib kpd diri dia.

    Al Quran sbg pembimbing umat Islam pd ms kini. Sesuatu perkara yg timbul mungkin akan mnybbkn pelbagai spekulasi akan terjadi.

    Oleh sbb itu angkat sumpah diharuskan bagi mereka yg mempertahankn maruah diri.

    Ini sekaligus dpt mengelakkan org lain membuat andaian sdr & skrg hanya perlu pihak yg lain utk mempertahankn maruah dirinya pula.

    ReplyDelete
  11. jurai,raz,anonymous.

    Mengapa kalian seperti terlalu mempertahankan tindakan Anwar? Adakah kerana Anwar idola kalian?

    Apakah jasa Anwar kepada kalian?

    ReplyDelete
  12. pihak yg lain x perlu mempertahankan diri kerana majoriti rakyat percaya pihak yg lain itu tidak bersalah kerana dakwaan saiful boleh dipatahkan dgn logik akal sahaja.org2 yg x mahu berfikir sahaja yg percaya propaganda saiful aka umno.sy percaya kebenaran akn datang jua.

    p/s:jgn lupa baca blog yg kwn sy tq

    ReplyDelete
  13. Kalau yakin kebenaran akan datang jua, kita tak perlu bahaskan lagi topik ini.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..