Full Width CSS

Saksi Jenayah Boleh Tukar Identiti Baru

Intipati Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi 2008.


- Program Perlindungan Saksi akan disenggarakan oleh Ketua Pengarah serta dibantu timbalannya yang terdiri daripada anggota perkhidmatan awam.

- Saksi yang mahu menyertai program boleh memohon kepada Ketua Pengarah atau mengemukakannya melalui sesebuah agensi penguatkuasaan undang-undang.

- Pemohon perlu mendedahkan kepada Ketua Pengarah butir-butir mengenai semua obligasi undang-undang yang belum selesai termasuk rekod jenayah, tunggakan cukai dan hutang serta prosiding sivil terhadapnya.

- Saksi kes jenayah berat dilindungi daripada diancam dan diugut termasuk dengan mewujudkan identiti baru.

- Identiti asal saksi yang diberikan identiti baru tidak akan didedahkan dalam apa cara sekalipun.

- Saksi akan disediakan tempat tinggal, pengangkutan bagi urusan pemindahan, bayaran yang setara dengan pendapatan dan jika tidak bekerja, diberi bayaran sara hidup, bantuan mendapatkan pekerjaan dan pendidikan.

- Tiada seorang pun boleh mempunyai akses kepada daftar dan dokumen yang disimpan oleh Pendaftar kecuali Menteri, Peguam Negara, Ketua Pengarah dan orang lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Peguam Negara.

- Hanya Peguam Negara mempunyai kuasa muktamad untuk memutuskan sama ada seseorang saksi itu hendak dimasukkan ke dalam program atau sebaliknya, berdasarkan syor Ketua Pengarah.

- Jika didapati memberikan maklumat palsu semasa memohon, seseorang itu boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

sumber : Utusan M'sia


Komen :

Ini sesuatu yg baru dan menarik. Lepas ni mungkin lebey ramai saksi² utk kes berat akan rs selamat dan lega. Tp bgantung pd keadaaan juga la kan.

Identiti dah tukar, rumah dah pindah, elaun dah dapat tp muke org bole cam. Bole ker K'jaan peruntukan modal utk buat plastik surgery muke supaya org tak kenal dh..

Macam mano tu??

Muhehehe~

Post a Comment

0 Comments