Full Width CSS

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mangkat


YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada pukul 11.45 pagi semalam. Baginda berusia 86 tahun.

Jenazah Almarhum dibawa dengan kenderaan pengangkut diraja serta diberi kawalan dengan diiringi kenderaan bermotosikal oleh Briged Pertama Infantri Malaysia, Kem Rasah untuk terus dibawa ke Istana Seri Menanti.

Jenazah Almarhum baginda yang ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan esok selepas solat Asar. Pelantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru akan diumumkan esok sebelum jenazah Almarhum Tuanku Ja’afar disemadikan di makam diraja Seri Menanti.

Istiadat penghormatan terakhir akan dibuat pada hari ini (Ahad) bermula pukul 10 pagi sehingga 5 petang dan pada Isnin, 11 pagi hingga 2 petang.

AL-FATIHAH~

Post a Comment

2 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..