Full Width CSS

Bakal Ahli Parlimen Bdr Tun Razak

Hmmm saya yakin setiap kali persidangan cawangan dan bahagian sayap UMNO pasti akan tertumpu kepada isu bakal ahli Parlimen yang bakal mewakili rakyat untuk Parlimen 124 Bandar Tun Razak. Ini isu yg tiada kesudahan.

Seperti penggal-penggal sebelum ini, Datuk Seri Tan Chai Ho dari MCA merupakan ahli Parlimen kawasan ini untuk 2 penggal berturut-turut. Pada pilihanraya yang lepas, beliau telah tewas pada calon yang pertama kali bertanding di sini iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kini tumpuan ahli-ahli UMNO terarah kepada isu calon Melayu yang bakal mewakili mereka untuk pilihanraya ke 13 akan datang ataupun pilihanraya kecil utk masa terdekat (manalah tau, Khalid Gagap terkeluar plak video porno jugak hehe..). Kerana ada kalangan mereka yang berpendapat jika diletakkan calon Melayu pasti undi Melayu tidak akan pecah kepada dua atau lebih.

Mungkin di sebelah pihak MCA, MIC dan PPP, mereka juga mempunyai keinginan yang serupa dengan UMNO. Masing-masing mempunyai pendapat sendiri.
Tetapi kita perlu juga menghargai kebijaksanaan kepimpinan parti utk meletakkan calon yang sesuai di sini.

Tapi bagi saya, kemenangan BN di Bdr Tun Razak bukannya kepada calonnya tetapi parti manakah yang kita pangkah untuk menang. Jika kita memangkah calon Cina sekali pun, yang memimpin negara tetap Melayu. Jika kita memangkah calon atas nama Melayu (bkn BN), kita belum tentu boleh senang kerana yang di atasnya belum tentu Melayu yg ikhlas utk Melayu.

Cuma asas kepada kemenangan biarlah kuat dan kukuh. Maknanya BN perlu mendapat kemenangan yang selesa dan terbaik.

Untuk menang, bukannya senang. Ia memerlukan daya usaha yang lebih dan pengorbanan dari pihak yang berminat untuk memimpin. Kemenangan utama bagi UMNO & BN ialah dengan mencari seberapa ramai anak-anak muda tidak kira bangsa ataupun berlainan parti politik utk mendaftar sebagai pemilih di Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Pastikan mereka ini turun mengundi untuk negara dan apa yang lebih penting adalah mereka wajib mengundi BARISAN NASIONAL utk masa depan yang lebih baik dan bernilai. Tidak kisah samada calon yg mewakili BN terdiri dari Melayu, Cina, India ataupun lain-lain etnik tetapi apa yg penting adalah mereka merupakan parti kompenan untuk BARISAN NASIONAL.

Jika BN kalah lagi utk parlimen ini, saya adalah orang yg paling kecewa kerana tidak dapat membantu BN utk merampas kerusi ini kembali. Usaha merampas kerusi parlimen ini bukanlah kerja saya seorang sebaliknya perlu ada usahasama semua orang yg mahu melihat BN kembali menerajui parlimen ini. Begitu juga dengan kerjasama yg perlu dijalinkan antara parti kompenan iaitu MCA, MIC dan PPP di parlimen ini.

Sedarlah wahai semua, kita kian kesuntukan masa. Kerana pilihanraya umum akan berlangsung dalam masa terdekat ini. Jika kita terus leka dan terus dibuai mimpi-mimpi indah, sampai bila-bila lah kita tidak akan merampas kembali kerusi parlimen Bandar Tun Razak.

Melayu perlu ubah persepsi mereka terhadap calon parti BN.
Jangan biarkan diri Melayu ditipu dan dikencing oleh mereka yg tidak ikhlas bekerja dengan Melayu spt Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan Lim Kit Siang.

Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..