Full Width CSS

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Inilah Barisan Kita
Yang Ikhlas Berjuang
Siap Sedia Berkorban
Demi Ibu Pertiwi

Sebelum Kita Berjaya
Jangan Harap Kami Pulang
Inilah Sumpah Pendekar Kita
Menuju Medan Bakti

Andai Kata Kami Gugur Semua
Taburlah Bunga Di Atas Pusara
Kami Mohon Doa
Malaysia Berjaya

Semboyan Telah Berbunyi
Menuju Medan Bakti !!


Inilah bait-bait lagu yang pasti akan dinyanyikan para penyokong Harimau Malaya esok di Stadium Nasional Bukit Jalil sepanjang masa.

Marilah kita turun bersama-sama ke Stadium Nasional Bukit Jalil, memberikan sokongan padu kepada pasukan negara tercinta. Takda tiket takpa, pastikan kita menonton siaran langsung perlawanan di RTM dan ASTRO Arena.

Saya pasti Harimau Malaya sudah bersedia 200% menghadapi pasukan negara jiran yg penuh dgn keegoan. Pastikan Harimau Malaya merobek gol Singapork sepuasnya dan layak terus ke peringkat seterusnya.

Biarkan mereka terkejut dengan sokongan rakyat Malaysia.
Biarkan Singapork pulang dengan perasaan malu dan hampa sepanjang jalan.
Biarkan mereka menangisi kekalahan mereka nanti.
Biarkan biarkan biarkan mereka.

Teruskan menyokong Harimau Malaya selamanya !!!

MALAYSIA BOLEH !!!~

P/s : Jumpa dan mari menjerit bersama di sana. Jangan lupa kibarkan Jalur Gemilang !!

Post a Comment

0 Comments