Full Width CSS

Belajar Dari Sini


Kejadian rusuhan yg berlaku di London sekarang ini berpunca apabila Polis England menembak mati seorang remaja yg dikatakan terlibat dgn aktiviti jenayah.

Rentetan hal ini telah berlaku demontrasi menentang kekerasan pihak Polis seterusnya telah bertukar menjadi demontrasi ganas. Rasanya pembaca sekalian sudah mengetahui apa yg terjadi sekarang ini.

Cuma apa yg saya geram, marah dan sedih apabila rakyat Malaysia, Asyraf Haziq iaitu pelajar tajaan MARA yg menuntut di salah sebuah universiti di sana menjadi mangsa keganasan fizikal dan dalam masa yg sama menjadi mangsa samun.


Pastinya kejadian ini menimbulkan perasaan marah rakyat Malaysia terhadap pelaku dan juga kerajaan England yg gagal mengekang demontrasi ganas dan menjaga keselamatan orang ramai terutama rakyat asing yg melancong, bekerja dan menuntut di sana.

Tapi dalam marah-marah ni, saya teringat pula kisah BERSHIT 2.0 yg terjadi baru-baru ini di Malaysia. Ya la kan, malam selepas perhimpunan ini. Pihak media asing terutama dari barat sibuk dan beriya-iya mengatakan Polis dan kerajaan gagal mengekang peserta demontrasi BERSHIT dan ada plak media kata, Polis Malaysia telah bertindak ganas terhadap perusuh.

Tindakan 'ganas' Polis Malaysia pada hari kejadian tersebut adalah bersebab. Kerana Polis nak mengelak dari terjadinya perkara spt di England hari ini. Bayangkan jika Polis tidak bertindak demikian pada hari tersebut. Mungkin LRT pun boleh terbalik jatuh ke bawah kat stesen Masjid Jamek tu hehe.


Nasib baik plan Ambiga si jahanam tu tak menjadi, alhamdulillah. Sebab musabab Polis bertindak begitulah yg tidak difahami oleh rakyat terutamanya. Semuanya berbalik kpd soal keselamatan rakyat dan negara.

Boleh tak para pembaca bayangkan dalam keadaan huru hara begini di London dan dalam masa yg sama ada negara luar tidak senang dgn sikap England dari dulu. Tiba-tiba England diserang dan berperang. Tak ker England boleh jahanam macam tu sahaja. Tak ker kelab bola sepak Manchester United, Arsenal, Liverpool, Chealse berkubur begitu sahaja hehe..

Begitulah juga jika keadaan demikian berlaku di Malaysia. Semua pihak sedang bertempur pada perhimpunan haram tersebut dan tiba-tiba negara luar datang serang Malaysia. Tak ker haru tu...

Maka oleh itu, fikir-fikirkanlah. Jadikan apa yg berlaku di England sebagai pengajaran demi kebaikan kita bersama. Fikirlah utk jangka masa panjang yg terbaik.

Post a Comment

3 Comments

  1. puak haram di m'sia ni tak pernah belajar langsung dari pengajaran

    ReplyDelete
  2. Kalau rakyat Malaysia tak sedar lagi tak tahulah nak ckp.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..