Full Width CSS

KERJA CUEPACS

KUALA LUMPUR 16 Okt — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memutuskan untuk menuntut dua bulan bonus bagi 1.2 juta penjawat awam. Presidennya Omar Osman meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan perkara ini semasa mengumumkan pembentangan belanjawan bagi 2010 pada 23 Okt depan.

Keputusan Cuepacs itu dicapai pada mesyuarat Kongres Cuepacs yang dihadiri oleh kira-kira 120 ahlinya hari ini.
Omar berkata Cuepacs banyak mendapat laporan dan aduan ketidakpuasan hati selepas kerajaan mengumumkan bantuan khas bulan lepas sebanyak RM500 hanya untuk penjawat sokongan sahaja dan bukan semua.

"Kita berharap pengumuman pembentangan bajet pada Oktober ini memberikan berita yang baik kepada anggota perkhidmatan awam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Cuepacs di Bangunan Puspanita di Jalan Hose, di sini.
— BERNAMA
______________________________

Ulasan :

Nak bertanya kpd pembaca semua, apa skop kerja Cuepacs yg sbenarnye ni? Asyik dok minta gaji pekerja perkhidmatan awam naik dan mintak bonus. Apa Cuepacs ni, itu je kerjanya?

Bila nak raya je, mulalah dok minta itu ini. Memalukan lah.

Sebenarnya tiada salah jika Kerajaan bersetuju dgn cadangan Cuepacs ini. Tapi jgnlah setiap tahun Cuepacs meminta kenaikan dan pertambahan gaji daripada kerajaan. Buatlah 2 tahun sekali ker. Jika setiap tahun, rugi lah kerajaan.

Maaf saya ckp, kebanyakan rakan-rakan saya yg bekerja di sektor awam semuanya hidup senang. Senang itu tidak bermaksud kaya dan mewah tetapi kehidupan lebih baik daripada saya yg bekerja di sektor awam (bukan bawah GLC).

Rata-rata rakan saya juga berkata, kerja kerajaan ni mudah. Umpama spt di bawah.
- Masuk kerja ikut waktu
- Baca paper sekejap
- Kawan-kawan dtg ajak pergi minum
- Masuk opis buat kerja skit lebih kurang
- Kemudian tghari pergi lunch (ada yg keluar awal, siap pergi karoke lagi tu)
- Masuk opis buat kerja
- Minum petang
- Bergosip dan berkemas
- Balik on time.

Maafkan saya jika apa yg dikatakan rakan saya ini salah. Jadi di mana kewajaran sebenar yg harus / wajib kerajaan akur dengan kehendak dan permintaan bukan-bukan Cuepacs. Tentu sekali pekerja jabatan kerajaan seronok dengan permintaan ini, itu pun masih ada yg mengundi pembangkang. Cilaka !!

Tetapi bagi kami yg berkhidmat di sektor swasta, tiada siapa yg memperjuangkan hak kami. Haram~


P/s : Selalu apply kerja kerajaan tapi tak pernah dapat pun.. Agaknya saya tiada 'cable' besar kot..

Post a Comment

6 Comments

  1. saudara...agak keterlaluan juga dengan ape yg saudara katakan..tidak di nafikan ada antara mereka yg begitu tetapi itu tidak mencerminkan keseluruhan pekerja awam. Secara kasar sekira ada bonus buat mereka , dengan anggota melebihi 1 juta orang ia boleh memberi kesan besar juga pada pergerakan ekonomi negara. Berbanding dengan swasta, mereka juga ada bonus yg kadangkala melebihi 2 bulan...berbaloilah sebab kakitangan tidak ramai..Lagi pun percayalah setiap org ada rezekinya di beri oleh allah ...saudara juga tak terkecuali...bukan di sebabkan ada 'cable' atau tidak....percayalah...allah lebih mengetahui...segalanya...

    ReplyDelete
  2. sori rezqeen hill, jgn cepat marah & melatah. skop kerja cuepacs umumnya adalah menjadi perantaraan pekerja-majikan. dalam kes ini kakitangan awam-kerajaan. sebagai pembawa suara yg dipilih, wajib cuepacs menyatakan hasrat anggotanya kepada majikan. terpulang kpd majikan terima & tolak. penjawat swasta jgn cemburu sgt, rezeki masing2 Allah dah tentukan. kerja swastapun bukan jd miskin papa kedana tak makan anak beranak. dan satu yg pelik, dlm bnyk2 kesatuan sekerja swasta, kenapa selalu jadikan cuepacs sebagai sasaran. kenapa tidak fokus kepada perjuangan menjaga kebajikan ahli masing2?. cuepacs bukan majikan korang kan? so, tujukan peluru ke sasaran yg betul...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum........

    saya tertarik dengan komen anda...boleh saya tahu "kawan" awak tu keje di jabatan maner...

    sebenarnya bukan semua kakitangan awam macam tu...jangan membuat kesimpulan mudah dengan melihat "beberapa" tapi "semua"...

    saya ambil contoh diri saya di jabatan kebajikan masyarakat..."kami" menjaga "kepentingan" masyarakat atau bahasa mudah golongan sasarnya ada semua rakyat malaysia, dari insan itu belum dilahirkan hingga ia dimasukkan ke liang lahat. semua "kebajikan" rakyat kami jaga dari kanak2(walaupun akta kanak2 umpama rimau takde gigi),orang muda/orang tua, malahan golongan OKU. semua kebajikan masyarakat dijaga. dari banjir,ribut,dan sebagainya kami yg bantu..tapi itu rakyat tak tahu...masa "rakyat" lena dibuai mimpi kami tidor pun tak berapa tenang waima kalau terdengar angin kuat...."kerja" kami mangkin tak keruan jika ada bencana...rakyat kami bantu, rumah sendiri kene banjir tak sempat nak angkat barang..."gaji" kami adalah atas sedikit dari garis kemiskinan (RM720)..."kerja" mengalahkan kuli batak..."gaji" kami adalah rendah dari "kawan2" kami disektor swasta...itu adalah kenyataan...walaupun kadangkala kami terpaksa guna duit sendiri untuk buat kerja sobab "peruntukan" kami di"POTONG" lebih separuh dan "klim" kami banyak dipotong"...klim atas rm500 mesti kene potong maa...

    jadi Ceupac mintak sedikit itu bukan hanya untuk "kami" yg keje di jabatan ini sahaja tapi untuk "semua" walaupun kami "tidak sebulu"...kami pun kurang senang dengan kepimpinan ceupacs sekarang...

    janganlah terlalu cepat "menghukum" sebelum mengetahui perkara sebenarnya............

    ReplyDelete
  4. BOSAN DENGAN SIKAP CUEPACS. MAKAN DUIT KERAJAAN BANYAK SANGAT

    ReplyDelete
  5. ramai yg berperangai mcm tu.. nak raya nio siapa lah cite pakal kueh lah, baju la, ....bila kita dtg minta bantuan muka mcam sial.. pakai tudung dan berjanggut pun tak guna....dapat gaji haram

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..