Full Width CSS

Kisah Si Penerima Bantuan Gereja

SEREMBAN: Seorang lagi mangsa mendedahkan bagaimana dia dipujuk secara berterusan untuk mendekati gereja walaupun selepas membuat keputusan untuk tidak lagi menerima bantuan kewangan yang dihulurkan gereja terbabit di Rahang, dekat sini sejak Disember lalu.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur, 40, berkata pada mulanya dia sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal.

Katanya, pada mulanya dia berat hati tetapi selepas memikirkan nasib anak-anak yang masih bersekolah, dia menerima bantuan dihulurkan dalam bentuk makanan keperluan harian setiap bulan sejak April tahun lalu.

“Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga tiga kali untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah dihadapi.

“Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan kami anak beranak termasuk keperluan persekolahan tapi saya menolak.

“Bagaimanapun, sejak Januari lalu, saya turut menolak semua bantuan yang diberikan setiap bulan memandangkan jiran sudah memandang serong,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Ampangan, di sini, semalam.

Nur berkata, sejak berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat masalah kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing manis, dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak memandangkan suami lalai memberi nafkah.

Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan beberapa pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan, makanan segera dan juga buku sekolah tadika.

“Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah tadika, saya tidak lagi bekerja. Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal sekali lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah mendapat bantuan sebelum ini.

“Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada pusat ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya.

_______________

Ulasan :

Jika dilihat dari satu sudut, memang perbuatan Nur tidak sepatutnya berlaku. Kerana di Malaysia ni terdapat banyak pertubuhan Islam yg sedia membantu orang-orang yg kurang bernasib baik dan tidak berkemampuan. Tambahan pula, negara Malaysia ini adalah negara Islam.

Cuma mungkin masalahnya adalah pertubuhan-pertubuhan Islam ini tidak mempunyai jaringan yg luas utk menghubungkan mereka dgn org yg kurang bernasib baik tidak spt Lembaga Zakat negeri.

Silapnya di sini adalah sikap masyarakat kita yg kurang mengambil berat akan sesuatu perkara ataupun permasalahan. Apabila ia sudah terjadi, barulah kita respon atau mengambil tindakan selanjutnya. Contoh spt, fakir miskin yg hidup serba daif di sebuah pondok usang. Kemudian datang krew Bersamamu TV3, maka tak sampai seminggu kemudian, berduyun-duyun bantuan hidup datang melimpahi keluarga si fakir. Kadang-kadang bantuan yg diterima itu melebihi apa yg sepatutnya. Takpa lah itu rezeki mereka kan.

Ada antara pemberi bantuan ini membantu atas dasar keIKHLASan tetapi ada juga yg membantu atas dasar ingin popular dan ada juga membantu atas dasar baru mengetahui akan hal tersebut. Saya tidak menyalahkan mereka ini kerana mereka ini mempunyai niat yg sama iaitu membantu org dlm kesusahan.

Pihak berwajib perlu mengambil satu langkah ke hadapan mencari seberapa ramai fakir, org yg kurang bernasib baik dan org2 spt keluarga Nur ini utk diberi perhatian awal. Senaraikan mereka sebagai golongan yg diklasifikasikan sbg penerima zakat dan lakukan research mengenai hidup mereka kemudian barulah buat keputusan utk diletakkan sbg penerima bantuan zakat bulanan ataupun berkala.

Jangan tunggu mereka mendaftar utk menjadi penerima bantuan zakat tetapi trend menunggu itu perlu ditukar. Anda cari mereka. Saya percaya perkara ini telah dilakukan oleh beberapa lembaga zakat negeri cumanya lambat keputusan dikeluarkan. Maksud saya, masa yg sangat lama diambil utk membuat keputusan samada si polan dan si polan ini harus menerima bantuan ataupun tidak.

Jika perkara ini tidak diberi perhatian serius, dibimbangi banyak lagi keluarga-keluarga Islam ini nanti akan 'disusukan' oleh pihak bukan Islam. Jangan kita menyesali suatu hari nanti jika anak-anak kecil ini menyumpah kita kerana hari ini kita tidak memperdulikan hidup mereka.

Islam ini agama yg COMPLETE tetapi yg membuatkan ia kelihatan cacat adalah kita sendiri terutama PAS. Jika kita tidak menyumbang utk Islam tidak mengapa tetapi jgn lah kita menjadi sebahagian perosak Islam. Wassalam~


UMNO/BN utk rakyat
PAS utk PAS
PKR utk ANWAR
DAP utk KOMUNIS



Post a Comment

8 Comments

  1. Betul apa yang tuan katakan. Sifat kita hari ini 'tunggu dan lihat'

    ReplyDelete
  2. TUAN,

    SAYA PERCAYA PIHAK YANG BERWAJIB SUDAH MENJALANKAN KERJA MEREKA DENGAN BAIK TETAPI SAYA PERCAYA JUGA KERJA YANG MEREKA LAKUKAN TIDAK PROAKTIF..

    SALAM DARI MALAYSIA TIMUR

    ReplyDelete
  3. tindakan halus oleh agama kristian.... kristian khuatir dgn ISLAM di sini kerana negara MALAYSIA merupakan negara ISLAM...

    ReplyDelete
  4. Bagaimana dgn kita yg tinggal berdekatan dengan orang2 yg memerlukan bantuan ini..mungkin kita juga dpt membantu mereka sedikit sebanyak dgn mengutarakan masalah mereka kepada pihak2 yg berwajib itu..

    ReplyDelete
  5. ni melibatkan soal intergriti pegawai yg bertanggungjawab..cuba tgk pegwai Jab Agama keje camna..sambil lewa aje.bila org susah dtg minta bantuan, borang itulah borang inilah kena tunggu 2 bulan baru tau dapat ke tak kan bangang punyer prosedur tu..org tu dah susah kena tunggu plak..nasib baik dapat kalau x dapat camna?.bila gereja tolong mulalah puak2 di jab agama nih melalak memekik kata nape x datang kepejabat..macam S***....

    ReplyDelete
  6. Kita tentu tahu kisah ini ... dulu Saidina Omar gi tinjau rumah rakyat waktu malam dan terjumpa dimana seorang ibu menanak air begitu lama dgn harapan agar anak-anak akan tertidur ... lepas tu Saidina Omar gi angkut sendiri gandum dan bawa kepada ibu tersebut ... rahsia Saidina Omar hanya terbongkar bila isterinay tersebut 'Ya Amirul Mukminin' ... begitu ikhlas Saidina Omar.

    Memang kita tak minta staf-staf ... Pusat Zakat & Baitulmal ... menjadi ikhlas seperti Saidina Omar ... al least ... carilah asnaf yg memerlukan ... pastikan yg dapat bantuan tu 'memang sahih patut dapat bantuan'.

    Staf-staf Pusat Zakat & Baitulmal ... anda dah selesa ... jika pihak gereja boleh beri bantuan tanpa banyak songeh ... kenapa anda masih tetap dgn SOP lapuk ?

    Hairan jugak bila ada ibu tunggal dapat bantuan ... dan masih dapat bantuan bila dia berkahwin lain !!!

    Silap nya ... staf-staf pusat zakat & baitulmal ... tak inging nak pastikan batuan yg diberi tu betul-betul kepada ASNAF-ASNAF yg dibenarkan !!!

    Tukarlah SOP lama tu.

    ReplyDelete
  7. Anon 10:05am,

    Apa yang penting lembaga zakat kene wat follow up semua penerima bantuan zakat.

    ReplyDelete
  8. Mentaliti dah ada kerja tetap memang begitulah. What a shamed...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..