Full Width CSS

Lim Guan Eng Diramas Teloq



NIBONG TEBAL 18 Ogos – Badan Perhubungan UMNO negeri membidas Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang secara terbuka menuduh UMNO menjadi dalang kejadian membakar Pejabat DAP Pulau Pinang, awal pagi ini.

Sambil menyifatkan kenyataan Guan Eng itu sebagai biadab, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menegaskan, tuduhan tersebut amat keterlaluan malah dibuat tanpa menyatakan sebarang bukti.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan menghantar notis tujuh hari meminta Guan Eng menyatakan bukti berhubung kenyataan tersebut atau tampil meminta maaf secara terbuka jika gagal berbuat demikian.

‘‘Bagi saya, kenyataan ini sangat biadab dan tidak bertanggungjawab. Sebagai Ketua Menteri, beliau (Guan Eng) sepatutnya malu kerana membuat tuduhan cukup berat tanpa menyatakan sebarang bukti,” katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng yang dipetik beberapa blog dan portal berita bahawa UMNO menjadi punca berlakunya ketegangan agama di Pulau Pinang sehingga membawa kepada kejadian membakar Pejabat DAP negeri di Jalan Talipon awal pagi ini.

Guan Eng dipetik portal pembangkang, The Malaysian Insider sebagai berkata: ‘‘Kami merasakan bahawa ini adalah sebahagian serangan orang UMNO berhubung isu bacaan al-Quran”.

Guan Eng merujuk kontroversi larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum solat subuh oleh Jawatankuasa Fatwa negeri.

Zainal Abidin bagaimanapun menegaskan, kenyataan Guan Eng itu amat bahaya kerana cuba meniup api kebencian dalam kalangan orang bukan Islam terhadap UMNO di Pulau Pinang.

‘‘UMNO negeri mengutuk perbuatan tersebut (membakar Pejabat DAP negeri) tetapi kenyataan menuduh UMNO sebagai dalang adalah tidak berasas sama sekali.

‘‘Api yang membakar pejabat tersebut mungkin tidak terlalu marak tetapi kenyataan Guan Eng itu sebenarnya memarakkan api kebencian khususnya orang Cina untuk membenci UMNO yang digambarkan sebagai dalang dalam kejadian itu,” katanya.

Beliau menambah, kes tersebut merupakan kes jenayah dan tidak sepatutnya dipolitikkan dengan mencetuskan sentimen perkauman untuk menimbulkan kebencian sesuatu kaum kepada kaum yang lain.

‘‘Kita sedang meneliti beberapa laporan mengenai kenyataan tersebut, Guan Eng perlu mengemukakan bukti dan jika beliau gagal, kita akan bawa perkara ini ke mahkamah,” tegas beliau.


Ulasan :

Jika benarlah UMNO yg bakar pejabat DAP negeri, berikanlah bukti supaya rakyat tidak termakan dengan dakwaan tidak berasas daripada Lim Guan Eng. Inilah jadinya kalo semua perkara hendak dipolitikkan.

Inilah akibatnya MUNGKIN jika isu-isu semasa dipolitikkan spt larangan bacaan Al-Quran sebelum Subuh. Sungguh memalukan apabila menuduh punca kebakaran disebabkan rasa tidak puashati penduduk Islam terutama daripada UMNO.

Sebenarnya UMNO tidak pernah pun membuat sebarang provokasi yg mana boleh menjahanamkan institusi agama dan keharmonian kaum di Malaysia ni. UMNO mahu negara maju utk jangka masa panjang.

Haiyaaa cakap ikut u punya suka ya Guan Eng!!~

BURUK PADAHNYA JIKA BERCAKAP MENGIKUT NAFSU !!

P/s: Bodoh betol UMNO daripada 'bakar' pejabat DAP, baik bakar rumah dan kereta Guan Eng haha puas hati kot..

Post a Comment

5 Comments

  1. jangan nanti sampai org accident pun dituduh UMNO yg buat juga.

    ReplyDelete
  2. Rasanya selepas nie UMNO serta komponen dlm BN dan pihak yg difitnah menyaman jer pembangkang setiap kali mereka buat FITNAH,saman biar berjuta2 ringgit sbb byk fitnah mereka nie tidak ada bukti mahupun nas2 yang cukup hanya main lepas cakap jer,bila tanya ada bukti mereka pusing jd seperti peguam wilcha

    ReplyDelete
  3. Daripada bakar HQ DAPig, lebih baik bakar je pemimpin2 DAPiq mcm Pinichio Lim, Lim Kit Siang, Jeff Oii, Kapal Tunda Singh dan lain2 lagi. Aman sket Malaysia ni... kalau setakat nk bakar HQ DAPig tu ape yg dapat?? Akhirnya menyusahkan polis dan bomba buat siasatan je... dah la tu, tentu saja nk laporan siasatan secepat mgkn. Silap2 mintak tubuhkan suruhanjaya siasatan Diraja pulak!!!...

    Macam sial punye DAPig!!!!!

    ReplyDelete
  4. Ya sy setuju jika UMNO dan BN menyaman semula pakatan haram kerana dakwaan yg tidak berasas.

    Jika UMNO dan BN tidak berbuat demikian, mereka akan kelihatan seolah-olah takut dgn dakwaan pembangkang.

    ReplyDelete
  5. YALAH, KINI TIBA MASANYA KITA BANTAI SEMULA PUAK PEMBANGKANG

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..