Full Width CSS

Mat Sabu Hilang Ingatan


Hah Mat Sabu-Toh dah menghina pejuang dan perajurit negara.. Secara langsungnya Mat Sabul telah mengguris hati dan perasaan keluarga-keluarga dan waris pejuang negara yg telah terkorban semasa zaman penentangan komunis di Tanah Melayu..

Ni nak tanya skit, apa pula pendapat penyokong PAS semua?
Takkan takda perasaan skit kot..
Takkan lag pulak takda sesiapa di kalangan ahli PAS mempunyai pertalian darah dgn pejuang-pejuang negara yg telah terkorban?

Jika kali ini para pendokong dan pecinta PAS bersuara dan menyatakan sokongan terhadap Mat Sabul, ternyatalah mereka terlalu bodoh..

Hari ni pulak, Mat Sabul cakap dia dah tak ingat apa yg dikatakan tempoh hari semasa ceramah di Tasek Gelugor bersama Pemimpin BODOH.

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau tidak ingat isi ceramahnya berkaitan dakwaan pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 adalah wira negara.

"Saya tidak ingat (apa yang diperkatakan) sebab ceramah itu berlangsung minggu lepas (21 Ogos)," katanya kepada akhbar Sinar Harian. Laporan akhbar itu ini memetik Mohamad Sabu sebagai berkata: "Saya tidak mahu komen mengenai apa yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana itu". Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya semalam menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

Sementara itu, Mingguan Malaysia hari ini menyiarkan berita yang memetik reaksi pelbagai pihak mengecam Mat Sabu, termasuk penerima Pingat Gagah Berani (PGB) dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), bekas pegawai waran 1 Kanang anak Langkau. Kanang dipetik sebagai berkata Mat Sabu tidak layak mengambil bahagian dalam politik demokrasi di negara ini dan menganggap timbalan presiden PAS itu sebagai "watak penghasut yang sewajarnya dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)".Utusan juga memetik ketua penerangan Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Jurit Ramli menyifatkan kenyataan Mat Sabu itu sebagai biadap dan kurang ajar.

Manakala Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pula dilapor Utusan sebagai berkata, Mat Sabu perlu memohon maaf kerana kenyataannya akan menyinggung perasaan waris anggota polis yang maut dalam tragedi berdarah itu.



Tunggulah penghabisannya nanti.. semua ini bakal dipersalahkan kepada UMNO / BN

P/s: Lepas ni kuranglah undi daripada ATM/POLIS pada PAS..

Post a Comment

0 Comments