Full Width CSS

A Samad Said Bakal Perdana Menteri Malaysia


KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyeru rakyat Malaysia khasnya golongan muda supaya berani membuat perubahan dengan memastikan kerajaan baru terbentuk di Putrajaya.

Ini kerana katanya, sejak lebih 50 tahun negara Merdeka, Umno-BN bukan sahaja menyekat kebebasan bersuara rakyatnya, malah turut menafikan hak mendapatkan maklumat secara adil.

“Maka saya merasakan sudah tiba masanya kerajaan ini ditukar, cukuplah 54 tahun untuk mereka,” katanya selepas merasmikan kempen ‘Jom Baca Media Alternatif’ di Kuala Lumpur, semalam.

Majlis anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu berjaya menarik kehadiran lebih 100 aktivis dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan gabungan kumpulan mahasiswa.

Kempen itu bertujuan mendidik rakyat untuk mengutamakan kesahihan berita, mendedahkan mereka kepada persepsi yang lebih terbuka, dan memberi peluang kepada rakyat melihat realiti Malaysia berdasarkan dimensi yang berbeza.

Keadilandaily.com antara media yang ditakrifkan sebagai media alternatif dalam risalah SMM yang turut diedarkan kepada hadirin.

Pak Samad yang sebelum ini diangkat sebagai hero apabila mewakili gabungan Bersih berkata, beliau tidak lagi melanggan akhbar arus perdana sejak lebih setahun lalu dan kini beralih kepada media alternatif.

“Sudah lebih setahun saya tidak membaca media arus perdana, namun saya tidak merasa rugi sekalipun.

“Malah saya merasa seronok membaca media alternatif kerana mereka menjadikan saya melihat sesuatu isu dari perspektif yang baru dan melaporkannya secara berimbang,” katanya.

Mengulas lanjut, Pak Samad berkata, beliau mengimpikan perdana menteri di negara ini terdiri di kalangan rakyat biasa yang benar-benar memahami denyut nadi rakyat.

“Sejak era Tuanku Abdul Rahman sehinggalah ke zaman Najib, semua Perdana Menteri kita dari kalangan bangsawan.

“Bilakah PM kita dari golonngan rakyat,” soal beliau.

_______________________

Ulasan:

Apa lagi lah si tua A Samad Said ni membebel. Ada saja benda yg tak puas hati dgn kerajaan. Dunia kreatif dan seni memang tak boleh langsung dicampur adukkan dengan dunia politik kerana ia akan mengakibatkan seseorang itu menjadi seperti serba tak kena dengan apa yg dirasakan salah.

Saya berasa kasihan dengan kerajaan Malaysia yg telah byk menabur bakti kepada beliau sehingga bergelar Sasterawan Negara dan menjadi terkenal sehingga ke hari ini walaupun usia menunjukkan angka waktu utk nyanyuk.

Bak kata pepatah, susu dibalas tuba dan ibarat kacang melupakan kulit. Hang dah terkenal, dah ada 'pengikut', hang lupa diri ya.

Maka pada hari ini saya merasakan CUKUP lah waktu utk A Samad Said bersara dari apa-apa bidang di Malaysia ini. Media-media di Malaysia juga WAJIB menghentikan segala bentuk publisiti kpd A Samad Said. Tak kisahlah, publisiti murahan ataupun publisiti yg maha hebat.

Beliau bukan contoh yg baik kpd rakyat sebaliknya contoh yg paling jahanam utk anak-anak muda pada hari ini. Manakan tidak, beliau boleh diumpama seperti seekor ular sawa. Diberi kaki, makan. Diberi peha pun makan. Bila dah takda apa yg nak diberi, maka tuannya akan dibelit dan ditelan.

Siapa kata tempoh 54 tahun utk kerajaan BN menerajui Malaysia sudah cukup?? Masih tidak sebenarnya kerana kerajaan BN perlu membersihkan orang-orang spt A Samad Said dan kuncu²nya yg lain terlebih dahulu daripada terus hidup mekar di bumi Malaysia ini kerana dikhuatiri akan menambah kepada kerosakan negara pada masa akan datang.

Tahniah kepada beliau juga kerana membenarkan mindanya yg kreatif itu dilacurkan dengan berita-berita yg dikatakan seimbang dan boleh dipercayai berbanding media arus perdana. Bermakna sudah lebih setahun jugalah, pemikiran A Samad Said mundur ke belakang seperti puak-puak pembangkang yg lain. Ibarat lembu yg dicucuk hidungnya, mengikut sahaja ke mana arah pemimpinnya.

Impian mahu melihat rakyat biasa menjadi Perdana Menteri mungkin tidak kesampaian kerana dibimbangi beliau tidak sempat melihat pertukaran kuasa Perdana Menteri sekarang kepada Perdana Menteri yg baru dan masih di bawah kerajaan Barisan Nasional. Mungkin faktor usia yg menjadi penghalang.

Rakyat biasa yg dimaksudkan oleh beliau itu siapa sebenarnya? Tidak terdiri daripada golongan profesional? Adakah bakal Perdana Menteri Malaysia terdiri daripada seorang pekebun sayur hidroponik? Bapak ayam? Penulis puisi? Atau terdiri daripada mereka yg dirasakan sangat 'layak' seperti Kaki Liwat? Kaki Zina? Si Mulut Gagap? Atau Si Ulamak Penjahanam Agama?

o0o0o sekarang baru saya paham, rupanya beliau juga ada simpan cita-cita mahu jadi Perdana Menteri Malaysia hehe. Habis tu Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Nik Ajis nak letak mana?? Hah kalau si Hadi Awang tahu ni, mesti dia kecik hati lagi sekali keh keh keh ;D

Perdana Menteri kita terdahulu selepas Tunku Abdul Rahman iaitu Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan Dato Seri Najib bukan terdiri daripada rakyat biasa ker? Adakah mereka sebelum ini, keturunan dewa-dewa atau raja-raja??

P/s: sebenarnya dia nak satu bilik yg besar kat Putrajaya tu supaya boleh hasilkan karya utk bantai kerajaan BN.

-Selamat Berbuka Puasa-

Post a Comment

5 Comments

  1. hahahaha nice... nice...
    selamat berbuka

    ReplyDelete
  2. Hahahahaha ape lah bengap punya orang tua ni.. memang betul dia dah nyanyuk sakan hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Takut takut nanti semua mata pelajaran di-sajak-kan...

    ReplyDelete
  4. WHAT THE HELL A SAMAD SAID. SITUA NYANYORKKK

    ReplyDelete
  5. cilako-cilako!!!!!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..