Full Width CSS

Kempen Pilihanraya Pemuda BTR Sudah Lama Bermula

Sebagai Pemuda UMNO Bandar Tun Razak (BTR) di bawah KP WP, Saudara Rizalman. Saya percaya dan yakin bahawa pada pilihanraya akan datang Parlimen Bandar Tun Razak akan kembali semula ke tangan Barisan Nasional.

Mengapa saya kata begitu?

Kerana Pemuda UMNO BTR sepanjang tahun penuh dengan aktiviti kemasyarakatannya, antaranya..

1- Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Dimulai dgn perarakan dan di sebelah malamnya disudahi dgn majlis ceramah agama dgn 2 orang tokoh yg tidak asing di Malaysia.


2- Program Jelajah Apa Khabar Orang Muda iaitu sebuah program perlawanan bola sepak di antara anak² muda cawangan dgn pilihan Pemuda BTR. Program ini mendapat sambutan yg sangat baik di kalangan ahli dan bukan ahli UMNO.

Program ini diakhiri dengan perlawanan bola sepak bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin.

3 - Program Jelajah One Malaysia yg julung kali diadakan turut mendapat perhatian umum. Antara lokasi yg terlibat adalah di Btr sendiri. YB Khairy Jamaluddin hadir sendiri membantu meringankan beban golongan yg kurang berkemampuan dan bernasib baik.


Berikut ni lawatan semula oleh YB Khairy ke rumah yg sama.


4 - Seterusnya Program Pengagihan Bubur Lambuk pada bulan Ramadhan yg lepas. Bubur lambuk ini diberikan terus kepada pengunjung bazar Ramadhan dan juga pengguna LRT. Sambutannya sangat menggalakkan. Rujuk artikel Amal Pemuda UMNO yg lepas.


5 - Kempen Serbuan Premis Judi di Btr mendapat liputan meluas dari media seluruh Malaysia kerana ia merupakan usaha gabungan antara UMNO, PKR dan PAS di dalam parlimen Bandar Tun Razak.

Walaupun berbeza fahaman politik tetapi soal haram tetap dipandang sama oleh ketiga² pemimpin parti politik ini.

6 - Meneruskan tradisi tahun sebelumnya, Pemuda UMNO Btr tetap dgn program Pemberian Juadah Berbuka Puasa kepada penjawat awam Polis dan Bomba serta penumpang-penumpang bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bdr Tasik Selatan.


7 - Bagi memeriahkan suasana Hari Raya yg lepas, Pemuda UMNO Btr turut menganjurkan Program Kacau Dodol bersama penduduk PPR Desa Tun Razak. Program berlangsung dgn meriah dek suasana yg riuh rendah sambil mendengar lagu raya dan letupan bunga api. Lihat sini kacau dodol.

Walaupun berbeza bangsa tetapi sokongan daripada kompenan parti (MCA, MIC dan PPP) sangat dihargai.

8- Acara tahunan Majlis Rumah Terbuka Pemuda & Puteri Btr berjaya menarik semua peringkat usia menyertai dan turut sama dalam majlis yg serba sederhana tetapi meriah.


9 - Menyedari hakikat sebenar peralihan keyakinan golongan muda kepada pihak pembangkang, Pemuda UMNO Btr baru² ini telah mengadakan program Jom Servis Motor secara percuma. Ia bertujuan supaya golongan muda ini tidak terasa terasing dgn UMNO.

Program ini terhad kepada 100 buah motorsikal shj. Saban minggu lokasinya akan berubah² ke 23 peti undi seluruh parlimen Btr. Boleh baca lagi di sini. Ternyata program² yg dijalankan ini sgt bertepatan dengan kehendak orang muda.

Walaupun UMNO kian hari kerap dicemuh dan dicaci tetapi pada hakikatnya UMNO tetap relevan pada masyarakat. Cuma yg membezakan UMNO dahulu dan sekarang adalah mentaliti org² yg berada di luar dari kelompok UMNO.

Mereka yg bersama UMNO adalah golongan yg mengerti apakah itu perjuangan bangsa sebaliknya jika mereka tidak bersama UMNO, mereka adalah golongan yg berpura² tidak mengiktiraf perjuangan bangsa hari ini.

PEMUDA UMNO sudah hampir 90% ready utk PRU 13. Pemuda Komponen??

UMNO Bagus~

Post a Comment

2 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..