Full Width CSS

BANTUAN : Pemuda Ini Memerlukan Sumbangan Anda


Pemuda yang terlantar dalam gambar di atas memerlukan bantuan para pembaca budiman sekalian. Tak terhad apa saja jenis bantuan yg anda boleh berikan.

Beliau telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang telah menyebabkan kedua² belah kakinya terpaksa dipotong. Kemalangan berlaku pada 21 Oktober 2011 yg lalu.

Untuk makluman, beliau masih bekhidmat di JPN. Taraf status kerjanya sebagai 'kontrak' telah menyulitkan beberapa perkara berhubung aspek perlindungan dari mana-mana badan yg bertanggungjawab. Jika bekerja di sektor Swasta, kita punyai Socso tetapi bagi pekerja bertaraf kontrak kerajaan, sudah pasti mereka tidak dilindungi.

Untuk menyalurkan sumbangan, sila hubungi Saudara Razlan : 019 388 8553. Diharapkan sumbangan yg disalurkan dapat mengurangkan kos perbelanjaan perubatan dan tekanan yg dihadapi oleh mangsa dan keluarga.

Bercakap mengenai perkara ini, saya mengesyorkan agar kerajaan kaji semula status kerja sebagai kontrak. Jika seseorang pekerja itu di bawah status kontrak maka dia wajib mendapat perlindungan seperti pekerja taraf tetap. Tambahan pula jika seseorang itu sudah berkhidmat lebih dari 2 tahun.

Post a Comment

0 Comments