Full Width CSS

Bawang Putih Bawang Merah

Apabila ada saja pertemuan yg membabitkan Malaysia & Indonesia pasti saya akan teringat tajuk di atas.


Tak kisahlah pertemuan apa pun. Tp apa yg pasti dalam semua pertemuan & pertembungan yg melibatkan kedua-dua negara pasti si Bawang Putih (indo) mahu saja menang.

Dengan pelbagai isu spt tarian pendet, kuda kepang, batik, lagu Rasa Sayang, sempadan Kalimantan dan byk lg yg tak terkira dgn jari jemari. Semuanya si Bawang Putih claim sbg hak mereka.

Kali ni isunya pula Sukan Sea Indonesia 2011.

Lihat saja situasi yg blaku kpd skuad bola sepak Kebangsaan yg diberi layanan tidak adil. Ada ker patot latihan bola sepak diadakan jam 8 pagi dan skuad Kebangsaan bersiap sekitar jam 5 pagi (termasuk sarapan) utk bersiap sedia ke tmpt latihan yg jauhnya 2 jam perjalanan.

Ini tak termasuk lg dgn kesesakan lalu lintas di sana sepanjang masa. Mcm mane nak sampai ikot masa yg ditetapkan.

Keduanya pasukan menembak kebangsaan pula tak pasal-pasal ditahan kerana membawa peluru utk digunakan pada temasya Sukan Sea kali ni. Menggunakan alasan keselamatan kononnya.

Penguasa Indonesia bertanya peluru tersebut buatan negara mana dan apabila pengurus pasukan kata, peluru tersebut buatan German lantas dimintanya surat pengesahan sebagai bukti.

Apa punye komplot yg jahat dilakukan oleh penguasa Indonesia bg melunturkan semangat pasukan negara.

Di Malaysia, kita tak pernah menghalang rakyatnya berhijrah ke sini utk mencari rezeki. Spt program Maharaja Lawak Mega juga melibatkan pelawak dari Indonesia, tetap juga disokong oleh rakyat Malaysia.

Tp keadaan sebaliknya berlaku Malaysia apabila ke sana.

Ternyata kita tidak bersikap KIASU, kita lebih kpd sifat prosper thy neighbour (memakmurkan jiran) spt diunjurkan oleh Islam juga. Cumanya jiran saja yg takda sifat spt Malaysia.

P/s: takot nanti Upin & Ipin pun si Bawang Putih ni claim milik dorang.

Post a Comment

0 Comments