Full Width CSS

DAP korek, PAS cover

Saya amat bersetuju dgn cadangan yg diutarakan wakil DAP berkenaan isu pengecilan atau mengurangkan kakitangan awam jika DAP berkuasa kelak.

Ucapan PADAN MUKA kpd penjawat awam yg masih lagi menyokong DAP. Kononnya parti yg memperjuangkan rakyat tp sebenarnya tiada sedikit ucapan terima kasih kpd pengundi setia mereka & pakatan.

Nasib anda kini bagai dihujung tanduk wahai penjawat awam yg mendokong dakyah pakatan. DAP mana kisah psl anda. Asal undi dapat dan dapat jadi kerajaan pun sudah cukup hebat bg DAP.

Agak sukar untuk kita mendengar, seorang Cina menuduh parti kegemaran orang Cina masa kini, DAP sebagai perkauman. Agak janggal dari sudut politik, melainkan kenyataan-kenyataan tulus dari pemerhati politik, seperti Prof Emiritus Khoo Kay Kim dan Ustaz Riduan Tee.

Buat sekian kalinya, ahli politik berbangsa Tionghua ini melabelkan sedemikian. Asasnya kukuh, apabila Tony Pua berkata bahawa apabila DAP menjadi "taiko" dan memerintah, kakitangan awam bakal dikurangkan jumlahnya.

Apa jua alasan, matlamat DAP sangat jelas. Iaitu meminggirkan orang Melayu dari arus pembangunan tanah airnya sendiri. Tidak perlu untuk Tony Pua memberi alasan "teknikal", kerana taktikal DAP sudah dimengertikan oleh ramai, termasuk Tan Tee Beng, kecuali penyokong-penyokong PAS yang "malu" menjadi Melayu.

Dengan jumlah 90% penjawat awam yang berbangsa Melayu, tiada apa lagi yang perlu dipertikaikan akan motifnya. Menurut Tan Tee Beng, apa yang diutarakan oleh Tony Pua tidak mempunyai pelan alternatif, atau dasar bagaimana pengurangan kakitangan kerajaan boleh menyumbang kepada kos efektif dan meningkatkan imej kerajaan.

Tentulah pendirian DAP itu tidak memerlukan sebarang penjelasan, kerana ia adalah sebahagian dari "pelan pengusiran orang Melayu". Penguasaan ekonomi, rumah-rumah berkos tinggi sedang giat dilaksanakan yang bertindak sebagai "jigsaw puzzle" yang menunggu masa untuk menjadi kenyataan.

Kepimpinan PAS sekali lagi membisu, sekaligus membenarkan kata-kata akar umbi bahawa PAS hanyalah pak turut, pak angguk, penjilat tegar atau pecacai DAP.

"Damage control" yang ingin dilakukan oleh Mahfuz Omar sangat melucukan apabila melabelkan pendirian DAP itu adalah peribadi dan bukannya pendirian Pakatan. Alasan yang sangat tipikal, berwajahkan Anwar Ibrahim.

Rakyat sudah melihat selama hampir 4 tahun, bagaimana pendirian DAP telah menjadi pegangan rasmi Pakatan. Isu masuk masjid, isu kalimah Allah, isu penjualan arak, rumah urut dan punca segala maksiat yang lain dipertahankan DAP, digazetkan sebagai perlembagaan Pakatan yang tidak boleh dipertikaikan.

Namun Mahfuz Omar masih cuba untuk menghalang penyokong PAS dari memahami agenda sebenar DAP laknatullah. Sedangkan, Tan Tee Beng sendiri sudah mendedahkan agenda chauvinis DAP, rakan baiknya sewaktu di dalam Pakatan dahulu. Mungkin Tan Tee Beng sudah mengetahui realiti sebenar antara kerajaan dan pembangkang, kerana bapa beliau merupakan antara pengasas Parti Gerakan. Dan Tan Tee Beng juga pernah menjawat jawatan pemuda Gerakan.

Seorang pemimpin dan ahli parlimen berbangsa cina sendiri berkata DAP rasis sebaliknya PAS pula dilihat lebih sudu dari kuah atau dlm bahasa mudahnya PAS sebagai 'mangkok'~

Diharap DAP dapat laksanakan hasrat tersebut di negeri jajahannya terlebih dahulu sebelum menerajui negara.

P/s: abg long cakap semuanya OKEY!

Post a Comment

2 Comments

  1. Assalamualaikum wrt. wbt.

    Salam hormat.
    Moga Allah merahmati dan memberi hidayah kepada Sdr. Riziqin.

    Saya mengikuti semua entri dan penulisan Saudara. Saya tidak mahu terjerumus ke lembah fitnah dan juga lembah penghinaan Allah.

    Saya hanya menasihatkan dan mengingatkan diri saya serta Saudara....berwaspadalah dengan setiap komentar dan entri saudara. Berwaspadalah dengan setiap kata2 saudara. Jangan kerana saluran yang diamanahkan Allah ini, kita jadikan tempat menimbulkan fitnah, cacian dan juga menaikkan rasa kebencian kepada Umat Islam yang lain.

    Kata Pujangga seorang SAHABAT NABI;
    "Membalas dengan setiap perbuatan jhat orang kepada kita adalah perbuatan bodoh dan hanya memasukkan diri kita ke dalam NERAKA Jahannam!"

    Allah Maha Mengetahui dan Allah Maha Berkuasa di atas muka bumi ini.. Jangan kerana nafsu keserakahan poltik, kita jadi manusia yang hilang pertimbangan dan rakus dengan kuasa.

    Semoga Allah ampunkan dosa kita.
    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  2. W'salam. Terima kasih atas peringatan yg tuan/puan berikan pada saya. Insyallah, apa yg saya lakukan hari ini demi mempertahankan agama, bangsa dan negara saya daripada manusia yg tidak bertanggungjawab

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..