Full Width CSS

DAP Terdesak Cari Undi Melayu


SEREMBAN – DAP Negeri Sembilan memberi jaminan tidak akan berlaku pengurangan penjawat awam sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberikan mandat memerintah negeri ini. Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, Loke Siew Fook (DAP-Lobak) berkata, semua kakitangan awam di negeri ini tidak perlu bimbang dengan cadangan itu kerana tidak akan dilaksanakan.

Menurutnya, kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua untuk mengurangkan bilangan penjawat awam jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya adalah pandangan peribadinya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Negeri Sembilan 2012 pada hari kedua Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12 di sini, semalam.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Rantau) berkata, cadangan itu dibuat DAP sendiri dan ia tidak pernah dibangkitkan oleh BN. Siew Fook yang juga Ketua Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) berkata, ia adalah cadangan peribadi Tony Pua dan Setiausaha Kerja DAP itu bukan berasal dari Negeri Sembilan, malah beliau sama sekali tidak akan bertanding pada pilihan raya untuk kerusi di negeri ini.

Sementara itu, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (BN-Bagan Pinang) ketika mencelah, mempersoalkan sama ada Siew Fook dan Tony Pua daripada parti berlainan berikutan kenyataan mereka bertentangan. “Tony Pua tidak pernah menarik balik kenyataannya itu dan ini bermakna mereka akan melaksanakan cadangan itu sekiranya berpeluang menjadi kerajaan,” katanya.

Baru-baru ini, Tony Pua dilaporkan memberi cadangan pengurangan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.

Ulasan :

Apa yg dikatakan Look Siew Fook tu sama sekali tidak boleh dipercayai. Ini semua strategi terdesak pembangkang nak pungut undi rakyat yg bakal termakan janji² kosong pembangkang haprak kari kapla ikan. Terutama undi daripada orang Melayu.

Persoalan saya mudah sahaja..

Mengapa si Ketua Pembangkang N9 ini tidak mengeluarkan statement berikut ketika isu ini sedang panas diperkatakan? Mengapa menunggu di sidang DUN dibuat baru terasa ingin mengeluarkan kenyataan?

Keduan, mengapa tidak menggunakan posisi sebagai Ketua Pembangkang & Ketua Pemuda Sosialis DAP N9, utk mengeluarkan kenyataan akhbar ataupun membuat sidang akhbar?

Apasal? Sila jawab.. jawab..

DAP N9 sudah tidak sehaluan ker dgn DAP Pusat?

Ternyata kenyataan yg dikeluarkan Setiausaha DAP, Tony Pua mengenai isu pengurangan penjawat awam merupakan pendapat parti kerana beliau merupakan antara org yg berpengaruh & berjawatan di dalam parti. Jika Tony Pua sekadar ahli biasa dan mengeluarkan kenyataan begini, kemungkinan kepimpinan parti DAP dan juga rakyat tidak menganggap ia sebagai kenyataan rasmi parti tersebut.

So dalam isu ini, rakyat N9 khususnya diminta jgn terpengaruh dgn dakyah pembangkang terutama daripada PAKATAN haram jadah ini. Semuanya mempunyai agenda yg berkepentingan sendiri.

Rakyat berbilang bangsa & kaum boleh hidup dgn aman dan bebas di bawah kerajaan Barisan Nasional. Jgn gadai maruah agama, bangsa dan negara disebabkan BERMINAT dgn janji² manis mereka.



BN - Pilihan Orang Muda

Post a Comment

1 Comments

  1. kalau ramai melayu mengaggur siapa nak beli kat kedai Cina..cina kaya pasal melayu..tapi melayu bertambah miskin pasal melayu jugak. hamPAS hanya mengkafirkan orang jer..jadi separuh melayu yang tak menyokong hasmPAS adalah kafir..wooiii melayu hamPAS sedar2 lah diri tu. kalau tiada UMNO/BN dah lama korang duduk terperap kat kampong-kampong tu tanam padi bagi cina makan..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..