Full Width CSS

Dua² Pun Haram

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Ekoran pengharaman program Seksualiti Merdeka oleh pihak polis, Dewan Pemuda PAS membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi di seluruh negara esok.

Perkara itu dimaklumkan Ketuanya Nasruddin Hassan ketika menghubungi Harakahdaily malam ini. "Ekoran pengisytiharan haram oleh pihak keselamatan itu, kita membatalkan hasrat membuat laporan polis dan mengadakan himpunan di seluruh negeri selepas solat Jumaat esok.

"Kita juga mengucapkan terima kasih kepada pihak keselamatan yang telah mengambil tindakan sedemikian," katanya. Pada satu sidang media petang tadi, Timbalan Ketua inspektor-polis Khalid Abu Bakar mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka' yang dijadual akan diadakan pada 9 hingga 13 November.


Ulasan :

Apa bezanya Perhimpunan Bersih 2.0 dan Seksualiti Merdeka?

1- Ambiga terlibat walaupun sbg tukang rasmi.
2- Disokong oleh Bar Council.
3- Org yg terlibat dlm Bersih sama dgn org yg terlibat dgn Seksualiti Merdeka iaitu Marina Mahathir
4- Sebelum Perhimpunan Bersih, Polis dah keluarkan kenyataan bahawa perhimpunan tersebut dianggap sbg Perhimpunan Haram sama spt berlakunya pada Seksualiti Merdeka kali ini.

Tapi sekarang saya pelik dgn PAS.

PAS, kalo hangpa betol² ikhlas kpd agama & negara, apa lagi nak ditunggu. Buat sajalah demontrasi selepas solat Jumaat. Selama ni kalo ada apa² yg buatkan PAS tak suka atau marah, sure PAS tak akan teragak² bertindak tapi kali ni agak aneh ya kenapa PAS tiba² kelihatan spt terlekat teloq?

Lihat saja hal yg berlaku nun jauh di Tebing Gaza. PAS bersungguh² membuat bantahan keras kepada Israel yg meluaskan penguasaan mereka di Palestin dan menyerang konvoi² Lifeline 4 Gaza. Siap berarak dan berkumpul di atas Jalan Tun Razak berhadapan Kedutaan Amerika, KL.

Kemudian ada lagi hal yg berlaku nun di Syria sana pulak. Pemuda PAS tuntut kerajaan Syria laksanakan perubahan² demokratik dan hentikan tindakan keras terhadap pihak yg tuntut perubahan kat Syria tu.


Ada lagi berhubung karikatur yg dilukis dlm dada akbar Utusan Malaysia kononnya menghina Islam. Beriya² PAS berkumpul di hadapan Masjid Jamek Kg. Baru selepas solat Jumaat.


Tapi kenapa hari ni PAS tak nak buat demo bantah SEKSUALITI MERDEKA !!!

Ini hal yg berlaku dlm negara kita, Malaysia.
Ini mengenai masa depan anak bangsa kita.
Ini merupakan antara agenda puak kafir utk menyesatkan Islam secara halus.

Diharap PAS jgn declare sebagai memperjuangkan ISLAM kalau hal yg berkaitan ancaman pada agama di dalam negara sendiri tidak diambil berat.


P/s : PAS takut dgn ancaman Pakatan kotttt..

Post a Comment

0 Comments