Full Width CSS

Duta Kedai Rakyat 1 Malaysia



KUALA LUMPUR, 11 Nov - Dato' Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, beliau kagum dengan perkembangan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) yang semakin mendapat sambutan daripada rakyat dan juga wakil-wakil rakyat pembangkang yang turut mempromosikan KR1M semasa beliau mengerjakan ibadah haji baru-baru ini.

"Rakyat kian sedar bahawa kerajaan akan berusaha sedaya upaya mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat. Kita tidak mahu melihat rakyat hidup dalam keadaan terbeban dengan pasaran dunia yang tidak menentu hari ini."

"Jika kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa untuk rakyat, sudah pasti rakyat akan hilang kepercayaan kepada kerajaan. Ia langsung bercanggah dengan hasrat kerajaan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Beliau berkata demikian setelah mempengerusikan mesyuarat khas kabinet hari ini di Sri Perdana.

Sementara itu, dalam masa yang sama Perdana Menteri mengumumkan Tony Phua & Nurul Izzah sebagai duta kepada KR1M. Ditanya adakah pelantikan wakil pembangkang selaku duta adalah sebagai usaha kerajaan memancing ahli parlimen pembangkang menyertai Barisan Nasional, Najib menjawab.

"Kita percaya apa yang dilakukan ini baik untuk semua. Semua peringkat rakyat mahupun wakil-wakil rakyat boleh menikmati harga yang ditawarkan di KR1M. Pelantikan Tony Phua & Nurul Izzah dilakukan bertujuan untuk menarik rakyat supaya membeli belah di KR1M. Jika perkembangan ini menunjukkan hasil positif, kita akan membuka lebih banyak lagi KR1M ke seluruh negara."

Sementara itu, Nurul Izzah ketika dihubungi memberitahu. Beliau dan Tony Phua masih tidak mendapat apa-apa surat lantikan ataupun pengesahan daripada Pejabat Perdana Menteri. Bagaimanapun beliau akan meminta pendapat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara ini.

Tony Phua ketika memberitahu, beliau terkejut dengan pelantikan ini. Tetapi dalam masa yang sama menyatakan ragu-ragu dengan berita ini kerana apa yang pasti berita ini ternyata palsu sama sekali.

Post a Comment

4 Comments

  1. haahaahaahaahaahaa....oooooohaahaa..haa..haaa

    ReplyDelete
  2. oklaa tu jadi duta KR1M..m'p'kembangkan jualan/perniagaan melayu ke serata malaysia tnp mengira fahaman politik..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..