Full Width CSS

Kedai Ikan Rakyat 1 Malaysia Pulak

Selepas Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) pula diwujudkan.

Dengan matlamat yg sama, mahu membantu golongan berpendapatan rendah, harga barangan basah seperti ikan, ayam, daging dan sayuran pada harga sehingga 40 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

Premis pertama Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia dibuka di Plaza Centrum, Setiawangsa dibawah kendalian Restoran Ikan Bakar Sekinchan, RIBS.

"Ikan-ikan yang ada di sini dibawa terus daripada jeti-jeti di seluruh negara. Sebagai permulaan lebih daripada Kuala Selangor dan juga Sekincan dan sekitarnya dengan adanya orang tengah yang menjual terus di kedai sebegini, harganya dapat dikurangkan antara 30-40 peratus."
- Raihan Sharif,
Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani.

Turut dijual, produk industri kecil dan sederhana, IKS, tempatan.

Produk kategori ikan rakyat terdiri daripada ikan selar, selayang, kembung, cencaru dan pelaling.



Ikan air tawar keli dan talapia turut dijual, selain barangan kering, sayuran, buah-buahan, ayam dan daging.

33 lagi cawangannya akan dibuka di seluruh negara tahun depan, termasuk tiga cawangan yang akan dibuka hujung bulan ini di Mahkota Cheras, Tasik Permaisuri dan Setapak.


Makin banyaklah kerja si Nurul Izzah dan Tony Pua utk pergi check harga ikan dan kualiti sekor² ikan kat KIR1M hehe siapa tak sakit hati oiiii~

Kedai Rakyat 1 Malaysia semakin bertambah, Kedai Ikan Rakyat 1 Malaysia sudah pun dibuka. Pembangkang asyik mencari salah dan silap kedai serta jenama 1 Malaysia tersebut tapi apakah sumbangan Pakatan utk rakyat dalam mengurangkan beban yg ditanggung rakyat?

Apa pun tak boleh.


P/s: mcm² kedai rakyat telah dibuka utk rakyat malangnya kesempatan ini tidak digunakan warga Malaysia sendiri dan lantas warga asing pula menggunakan peluang yg dibukakan kerajaan.

Post a Comment

1 Comments

  1. Teringin jugak nak buka kedai Kerepok Lekor 1 Trengganu KEL1T

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..