Full Width CSS

Nurul Izzah Cabar Najib Bertanding Di Lembah Pantai


Apa punya turrr anak Hj Anwar Ibrahim ni.

Mengapa dia perlu mencabar PM, DS Najib Tun Razak utk bertanding di tempat yg mempunyai 'masyarakat' majmuk spt di Lembah Pantai.

Adakah di Pekan, masyarakatnya tidak majmuk? Kata Nurul Izzah, di Pekan terdapat 93% masyarakat Melayu. So mungkin maksudnya kebarangkalian Najib menang sangat tinggi.

Hal ini perlu diketahui oleh Nurul Izzah bahawa soal hendak menjadi juara bukanlah hanya terletak kpd calonnya sahaja tp ia juga terletak kpd rekod dan pencapaian parti itu sendiri. Perlu dilihat daripada bagaimana parti tersebut menangani permasalahan rakyat, soal tawaran janji yg berjaya dikotakan ataupun tidak dan terakhir sekali respon rakyat.

Satu lagi yg perlu diketahui Nurul Izzah, adalah lebih baik yg bertanding sebagai wakil rakyat itu terdiri daripada anak tempatan sendiri. Kerana dia sudah tahu selok belok kawasan tersebut dan masyarakat pun sudah saling mengenali.


Saya yakin andai DS Najib bertanding di Lembah Pantai sekalipun, kebarangkalian utk menang sangat tinggi di sana kerana trend masyarakat hari ni mengundi berdasarkan perkara yg disebutkan tadi.

Tapi adakah Nurul Izzah akan berjaya mempertahankan kemenangannya di Lembah Pantai atau selepas ini Nurul Izzah akan bertanding di kawasan selamat?


P/s: Nurul Izzah asal kawasan mana erk? Asal tak bertanding kat kawasan sendiri?

Post a Comment

0 Comments