Full Width CSS

RM1 atau RM10

Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tuan kedai sengaja menunjuk-menunjuk di hadapan pelanggannya tentang kebodohan budak bernama Ajoi yang sedang bermain di depan kedainya dan berkata.

Mamak: "Saya mau tunjuk juga itu budak pakai baju Power Ranger, budak yang paling bodoh di dunia"

Pelanggan: "Nape awak cakap macam tu Mamak?"

Mamak: "Awak sini kasi tengok.."

Mamak memanggil Ajoi datang kepadanya.

Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajoi. Sehelai RM1 dan sehelai lagi RM10.

Mamak: "Nah awak pilih yang mana awak mahu?"

Ajoi mengambil duit RM1, mengucapkan terima kasih dan terus berlalu pergi.

Mamak: "Hahaha kan saya dah kata! Itu budak memang bodoh. Sudah berpuluh kali kasi dia pilih duit, dia mesti pilih duit RM1 juga hahaha!"

Kata Mamak tersebut dengan angkuhnya.

Selepas selesai menggunting rambut. Pelanggan yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi.

Pelanggan: "Ajoi, pasal apa ko tak amek duit RM10 tadi tu? "

Ajoi: "Mamak tu suka kalau saya amek duit RM1. Kalau saya amek RM10 tu, mesti Mamak tak mahu bagi lagi."

Pelanggan: "Dah berapa lama Mamak tu buat gitu?"

Ajoi: "Dah dekat 6 bulan".

Pelanggan: "Berapa banyak dah ko dapat RM daripada dia?"

Ajoi: "Kalau tolak cuti Hari Raya, Deepavali itu semua. Saya dah kumpul RM170."

Pelanggan: "Hahaha ko budak paling bijak dalam dunia".

Tamat.

Moral Cerita :

1. Ramai yang merasakan lebih bijak dibandingkan orang lain, sehingga mereka selalu memandang rendah kepada orang lain. Sebenarnya ukuran kepandaian seseorang hanya TUHAN yang mengetahuinya. Alangkah bijaksananya kita jika tidak menganggap diri sendiri lebih bijak dari orang lain.

2. Perbezaan orang yang berjaya dengan orang kurang berjaya adalah, orang yang berjaya berfikir untuk hari esok, orang kurang berjaya berfikir untuk hari ini saja.

3. Akibat memandang rendah keupayaan orang lain, akhirnya diri sendiri yang rugi.

4. Dah dapat duit, pandai ucap terima kasih. Contoh: Dapat duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia RM500 nanti jangan lupa ucap terima kasih ya. Budi bahasa budaya kita.

5. Menabung merupakan amalan murni.

6. Jangan jadi macam Mamak Gunting Rambut.

Post a Comment

0 Comments