Full Width CSS

Saifudin Nasution Ganti Khalid Ibrahim Di Bandar Tun Razak

Setiausaha Teragung PKR, yang juga Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution kerap kali dalam ceramah politiknya menghentam ahli-ahli Parlimen BN kononnya memiliki harta hasil daripada rasuah sehingga membuatkan rakyat terpedaya walaupun hakikatnya dakwaan itu adalah suatu fitnah.



Dalam setiap ceramahnya di hadapan penyokong Pakatan Pembangkang juga di dalam Dewan Rakyat, beliau bercerita mengenai kebiadapan pemimpin BN yang meminggirkan rakyat yang hidup melarat akibat kenaikan harga barang dan rasuah pemimpin BN sehingga rakyat hidup melarat.

Bagaimanapun, semua itu hanyalah lakonan semata-mata bagi menarik perasaan simpati rakyat terhadap perjuangan pemimpin Pakatan Pembangkang yang dikatakan memperjuangkan hak rakyat. Sepanjang tempoh hampir 3 tahun, Saifudin Nasution yang menjadi kebanggaan ahli-ahli PKR dan pengundi Machang telah berjaya mengumpul kekayan berganda hasil daripada kemenangannya sebagai Ahli Parlimen Machang tapi adalah mustahil dengan pendapatan yang ada, beliau mampu hidup mewah dan membina kekayaan termasuklah mahligai mewahnya di Machang Kelantan.


Ketika hidup Saifuddin Nasution semakin mewah dan berlatarbelakangkan mahligai mewah, rakyat di Parlimen Machang yang diwakilinya masih ada yang miskin merempat, kais pagi makan pagi. Sebaliknya mahligai yang dibinanya dengan nilai jutaan ringgit sedangkan rumah rakyat yang dipimpinnya masih ada yang beratapkan langit, berlantaikan tanah dan berdinding buluh. Masih ada rakyatnya masih minum air telaga.

Tetapi, apabila kita mendengar gaya percakapannya seolah-olah beliau pejuang yang bercirikan Islam, mendahulukan kepentingan rakyat daripada diri sendiri tapi lain pula yang berlaku.


Hari ini Saifuddin Nasution begitu gigih membongkar kepincangan National Fedlot Corporation sedangkan beliau sendiri jelas merupakan pemimpin munafik yang berselindung di sebalik kepandaiannya berhujah sehingga rakyat terkeliru untuk menilai wajah-wajah sebenar Saifuddin Nasution.


Beliau cuba membongkar untuk kepentingan politiknya tetapi dalam masa yang sama rakyat pimpinannya dibiarkan melata tanpa pembelaan sewajarnya dari beliau sebagai Ahli Parlimen Machang.


Pernah suatu ketika Saifuddin Nasution dihalau daripada satu majlis di Kampung Belukar, Machang apabila beliau mahu menggunakan masjid untuk kelangsungan politiknya. Menyedari rakyat Machang semakin menolaknya, beliau berhasrat untuk bertanding di luar Kelantan dengan memilih Parlimen Bandar Tun Razak.

Berhentilah Saifuddin daripada terus menjadi pemimpin munafik. Rakyat memerlukan pembelaan dan bukannya retorik politik seperti yang sedang beliau lakukan. Nasib dan masa depan rakyat lebih penting daripada persekongkolan kebejatan moral dalam pimpinan pembangkang.

Sumber : Wira Kenyalang

Ulasan : 

Jika benar dakwaan ini, maka Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan pertahankan parlimen 124, Bandar Tun Razak la ye. Ada bagusnya juga sbb si Khalid Gaga ni mmg tak guna, jarang nampak batang hidung dia kat sini.


Yang dia lebih utamakan adalah isu² di negeri Selangor saja seperti perbanyakkan rumah² urut, ambil pasir sana, robohkan tempat berniaga org Melayu dan jaga kepentingan bangsa lain di S'gor.

Tapi di Bandar Tun Razak, dibiarkan begitu saja. Nasib baiklah ada juga budak² Pemuda UMNO Bandar Tun Razak yg 'TOLONG' jaga kebajikan rakyat di sini. Meh jadi friend  facebook - Pemuda Bandar Tun Razak.

Kalo rakyat di Machang pun telah ditipu Saifudin, inikan pula rakyat Bandar Tun Razak pula hendak digoreng hahaha. Takpelah, kita tengoklah nanti ya siapa yg berkuasa di parlimen ini.

Pilih BN Untuk Masa Depan

Post a Comment

0 Comments