Full Width CSS

AMANAH Ker Mereka Ini?



Kadir Sheikh Fadzir akhirnya membuka rahsia yang sebenarnya bukan rahsia pun. AMANAH yang baru ditubuhkan beberapa bulan lalu dan dianggotai oleh pemimpin-pemimpin 'nasi basi' dikatakan sedang didesak oleh ahli-ahlinya untuk bertukar menjadi sebuah parti politik yang menyertai pembangkang.

Secara tidak langsung dan secara lebih mudah disebut, AMANAH kalau benarlah akan bertukar menjadi sebuah parti politik, akan dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang sudah terlalu kenyang menyebat di sana sini ketika mereka berada dalam kerajaan dan keserakahan serta nafsu besar mereka, tidak dapat dihentikan sama sekali apabila menyedari, kewujudan mereka dalam arus politik perdana, menyaksikan mereka ketinggalan jauh.

Perhatikan sahaja Kadir sendiri... sepanjang dia berada di dalam UMNO, menjadi Ketua Bahagian, Ahli Parlimen, Timbalan Menteri dan seterusnya Menteri, berapa besarkah kekayaan yang telah diperolehinya? Semuanya itu diperolehi dengan tiket UMNO dan bukannya atas tiket PAS atau DAP... jauh sekali PKR kerana PKR wujud selepas Kadir sendiri sudah renyuk sebagai Menteri Pelancongan kerana beberapa skandal yang disenyapkan.

Malah Kadir sendiri merupakan pengamal kronisme yang cukup hebat apabila salah seorang adiknya mewarisi takhta Ketua Bahagian Kulim-Bandar Baru walaupun moto AMANAH adalah 'mewujudkan semangat kebersamaan dan semangat satu keluarga sebenar di kalangan rakyat Malaysia.'

Ia seperti perangai PKR yang menjadikan isteri sebagai Presiden, anak sebagai Naib Presiden, kekasih sebagai Timbalan Presiden dan suami/PAPA JAHAT/boyfriend sebagai Ketua Umum.

Tidak cukup-cukup lagikah kekayaan yang disebat untuk kepentingan peribadi sehingga perlu mencampuri urusan masakini?

Orang seperti ini yang mahu bercerita tentang politik rakyat? Golongan kaki penyebat dan mencari kekayaan menerusi politik, mahu bercerita tentang perjuangan demi rakyat?

Simpan sajalah niat busuk itu...

Apa-apa pun, memang elok benarlah AMANAH ditukarkan menjadi parti politik. Kita nak tengok, seamanah manakah para pemimpin 'nasi basi' dalam AMANAH yang sanggup mengembalikan apa yang mereka sebat kepada rakyat selain air liur dan janji-janji kosong!!!



Ulasan :

Haih gilakan jawatan ker sampai 'terpaksa' tubuhkan pertubuhan atau parti AMANAH?

Soalnya, org² yg di dalam tu, AMANAH ker? Lalalala..

Nampak sangatlah mereka² ini antara bekas pemimpin yg GERSANG ingin menodai jawatan² kosong keh keh keh.

Akhir kata, pergilah mamp...

Post a Comment

0 Comments