Full Width CSS

Anwar Panik, Kes Liwat Bakal Dirayu Ke Mahkamah




Di dalam lidah rasmi DAP, ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, cadangan pihak pendakwa kes Anwar mendesak Peguam Negara untuk merayu kononnya sangat pelik dan janggal.

“(Ia) adalah kes pertama apabila pasukan pendakwa membuat kenyataan terang-terangan kepada masyarakat untuk melobi dan memberi tekanan kepada Peguam Negara untuk memohon rayuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di dalam kenyataan itu juga, Lim Kit Siang melalut cuba mengaitkan kenyataan beliau dengan DS Najib Razak dan konsep 1Malaysia which is a typical of DAP leaders yang suka sangat menokok tambah isu yang tidak relevan dengan isu yang dibangkitkan!

Beliau mengulas kenyataan Peguamcara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang disiarkan di TV3 semalam di mana telah dipetik sebagai berkata, pihak pendakwa akan mencadangkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail supaya meneliti semula kes dan menimbangkan rayuan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu ke Mahkamah Rayuan.



Justeru Kit Siang berkata, jika adanya rayuan terhadap kes Anwar yang sudah selesai itu, ia akan menenggelamkan Malaysia kembali ke dalam kancah besar politik longkang dan merampas institusi kebebasan, integriti dan Legitimasi.

MiM hairan kerana Lim Kit Siang begitu takut jika kes liwat itu dibawa ke mahkamah rayuan. Pihak beliau sendiri melaung-laungkan suara rakyat maka jika ada rakyat yang bersuara memohon supaya kes ini dirayu kembali, beliau sepatutnya akur.

Malah, Ketua Penguambela, Karpal Singh sendiri berkata, Peguam Negara Tan Sri Gani Patail berhak mengemukakan rayuan!

Karpal Singh juga membidas Anwar Ibrahim kononnya keputusan mahkamah mungkin disebabkan oleh tekanan pihak luar negeri.

Kepada Kit Siang dan pemimpin pembangkang yang lain, jangan hanya pentingkan diri atau pihak sendiri sahaja dan menafikan hak orang lain. Don't be a pathetic old man lah!

Sila baca artikel ini : Sampel sperma Kes liwat Anwar terusik?

Sumber : MiM


Post a Comment

0 Comments