Full Width CSS

Kenyataan Media Bapa Saiful Bukhari



1) Saya Azlan Mohd Lazim, bapa kepada mohd saiful berasa sangat kecewa dgn kenyataan bar council yang menyarankan agar pihak Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berhubung keputusan kes anak saya yang diputuskan mahkamah pada 9/1/2012.

2) Pada hemat saya, tindakan Majlis Peguam itu dilihat sebagai langkah untuk menidakkan hak seorang warganegara untuk diadili, dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat yang tertinggi menurut Perlembagaan Malaysia.

3) Majlis Peguam seharusnya bersikap 'neutral' dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung.

4) Adakah gesaan tersebut melambangkan pendirian semua peguam-peguam di Malaysia atau hanya pendirian tertentu individu-individu yang menduduki kerusi Majlis Peguam yang berkepentingan politik?

5) Mengapa Majlis Peguam selama ini pernah tidak bantah pihak tertuduh dalam perbicaraan kes ini yang ikut rekod telah membuat 36 kali rayuan? Ini baru kali pertama pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah mahu dihalang. Mengapa ada 'double standard'? Adakah kerana anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan seorang VIP, ahli politik, hak beliau dinafikan dengan begitu sahaja?

6) Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukan rayuan.

7) Sebagai bapa, Saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat pengadilan seadil-adilnya bagi mengembalikan nama, maruah beliau, juga seluruh keluarga saya.

AZLAN MOHD LAZIM 
11 Januari 2012

Ulasan :

Memang benar apa yg dikatakan oleh bapa Saiful Bukhari ni. Majlis Peguam seolah² berat sebelah dgn menyokong perjuangan Pakatan berbanding BN. Paling tidak pun biarlah jadi neutral.

Memang ya tidak semua ahli dan anggota Majlis Peguam bersifat demikian tetapi kebanyakkan mereka memang begitu. Mungkin mereka semua berfikiran seperti Adam Adli yg kononnya terlalu pandai dan ego jika hendak dibandingkan dgn orang lain.

Kebanyakan mereka juga fikir, mereka la yg berkuasa memegang dan menentukan undang² negara. Dan pihak lain di dlm negara ini tak boleh mengatasi 'kebijakan' mereka ini.

Pihak kerajaan harus memandang perkara ini sebagai perkara serius kerana kelak ia akan merosakkan institusi peguam dan kehakiman negara.

Post a Comment

1 Comments

  1. Ya laa benar saya pun setuju. apa hak Bar Council menidakkan hak org lain? Kata nak kebebasan tapi bila orang melayu yg kerdil ni nak buat rayuan sedap pulak dia tak nak buat hasutan atau ugutan.

    Kali ini patut benar semua saksi serta yg tidak dipanggil perlu serta pa jua yang terlepas pandang patut di kemas kini kan.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..