Full Width CSS

Mahfuz Jadi CSI Pula



Korang cuba bayangkan seorang pelawak ala-ala Mr Bean bertukar profesion menjadi seorang penyiasat ala-ala CSI.. Mesti sadis kann..

Itulah yang Mahfuz cuba nak buat.. Ahli Parlimen Pokok Sena tu selama ni terkenal dengan statement lawak bangang sampai digelar Mr Bean Malaysia..

Sekarang ni Mahfuz nak pulak jadi penyiasat ala-ala CSI bila dia cuba nak buat analisis pasal kejadian letupan bom di perkarangan Mahkamah Tinggi KL hari tu..

Mahfuz kata tak mungkin penyokong Pakatan yang bawa bom tu untuk cederakan geng sendiri.. Masalahnya sekarang, Mahfuz ada bukti ke nak kata Polis tipu?

Kesian Mahfuz.. Gua cadangkan dia terus je lah jadi pelawak.. Tak payahlah nak jadi CSI pasal watak tu tak sesuai langsung dengan IQ dia...

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata adalah "tidak masuk akal" bahawa ketiga-tiga letupan yang berlaku di perkarangan kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada hari Isnin lalu dibawa oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Katanya, ini kerana bom-bom berkenaan telah menyebabkan kecederaan kepada penyokong Pakatan sendiri dan merosakkan beberapa kenderaan mereka.

“Polis kena perjelaskan dari pihak mana. Takkan orang yang simpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang letak hingga kereta exco pun kena," katanya.

“Polis jangan begitu mudah buat andaian ia (letupan itu) dibuat oleh peserta (perhimpunan), katanya selepas mengumumkan perkembangan konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Star pada Sabtu ini.

“Saya percaya polis ada kamera? Itu sesuatu yang malang jika tiada kerana kita boleh lihat bagaimana kejadian berlaku,” kata Mahfuz.


Sumber : MPP Online

Ulasan : 


Analisis yg dilakukan oleh Mahfuz sama sekali tidak boleh dipakai. Kerana apa?

Ini merupakan pendapat saya.

Rata² penyokong Anwar yg hadir di Mahkamah Jalan Duta tempoh hari merasakan Anwar Ibrahim bakal disumbat ke dalam Penjara Sg Buloh. Kehadiran mereka di sana dengan 2 tujuan, iaitu :

1- Melahirkan & menunjukkan rasa simpati serta sokongan kpd Anwar Ibrahim
2- Membuat kekecohan

Sebaliknya keputusan mahkamah pada hari tersebut menyebelahi Anwar. Maka semua perancangan yg telah dibuat oleh kumpulan Pemikir Strategi Pakatan telah sama sekali tidak boleh guna pakai.


Antara strateginya mungkin berdemontrasi hadapan di Mahkamah Jalan Duta, merusuh, merosakkan harta benda awam dan membuat kecoh seperti meledakkan bom buatan sendiri di tempat² tertentu.

Polis sendiri mengesahkan telah menjumpai serpihan wayar, jam, bateri dan bebola besi. Bom ini mungkin boleh dipanggil 'timer bomb'. Dipercayai diletakkan di bawah kon² Polis.

Ada beberapa tuduhan mengatakan Polis yg mensabotaj memang tidak logik sama sekali. Polis tidaklah sebodoh puak² Pakatan ni. Kalo Polis nak sabotaj, malam sebelum itu dah tentu Polis boleh tanam bom kat kawasan² org ramai bakal diarahkan berkumpul.

Polis juga tak perlu guna bom jenis tersebut. Banyak lagi bom yg boleh dibuat dan diletupkan.

Letupan yg mengenai kereta exco tu mungkin kebetulan la dia pun parking kat situ. Tiada siapa yg tahu di mana lokasi bom tersebut berada kecuali orang yg meletakkannya.

Alasan bom tersebut tidak dibawa oleh penyokong Anwar bukanlah boleh dipercayai begitu saja. Ini kerana, sudah banyak kita lihat Pakatan sendiri sanggup mengorbankan orangnya sendiri utk mengejar cita² dan matlamat menumbangkan kerajaan BN.

Ini perkara biasa utk Pakatan dan yg selalu menjadi mangsa pada keadaan ini ialah UMNO dan BN.

Post a Comment

0 Comments