Full Width CSS

LATEST : Penganugerahan Dokumen Diri MyDaftar

Sambungan dari artikel pertama tadi, Kempen MyDaftar yang berlangsung di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.


Penerima bertuah dan antara yg tertua menerima dokumen pengenalan diri dari Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.


Bacaan ikrar Rukun Negara sebagai simbolik kepada pengiktirafan sebagai warganegara Malaysia.

Padahal mereka memang warganegara Malaysia dari dulu lagi cuma disebabkan atas beberapa faktor kesilapan teknikal dan kekurangan maklumat antara penyebab mereka tiada dokumen pengenalan diri.


Dato Seri Najib Tun Razak menerima cenderahati.

Menurut seorang individu yg menerima dokumen ini tadi, terlupa tanya nama dia, katanya.

"Saya terima kasih sama Tan Sri (Dato Sri) Najib, saya sangat happy, mesti mau undi Najib"

Menurut maklumat, sehingga Disember 2010. Sekitar 33,000 kaum India di negara ini telah memiliki dokumen pengenalan diri seperti surat beranak, kad pengenalan dan dokumen² lain yg pasti menyukarkan urusan harian mereka. Disebabkan hal itulah, kerajaan telah melaksanakan program yg diberi nama MyDaftar.

Menurut Datuk Dr S. Subramaniam, keutamaan diberikan kepada golongan warga emas yg lahir di Malaysia (Tanah Melayu) sebelum tarikh kemerdekaan 31 Ogos 1957.

Kempen MyDaftar di sembilan negeri yang berjaya meluluskan 5,593 permohonan pengenalan diri dan 4,023 permohonan kewarganegaraan dalam tempoh kurang setahun membuktikan kerajaan tidak menabur janji kosong kepada rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, kempen Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (SITF), yang berjaya menarik minat 15,000 orang, sebahagian besarnya keturunan India adalah satu rekod yang belum pernah dicapai sebelum ini.
Perdana Menteri berkata, baki kira-kira 3,900 permohonan yang sudah diproses tidak dapat diluluskan atas beberapa sebab, termasuk kekurangan maklumat.

“Saya menggesa KDN, SITF dan pihak yang terbabit untuk terus membantu menyelesaikan permohonan supaya kelulusan dapat diberikan kepada semua pemohon yang layak,” katanya pada majlis penganugerahan dokumen pengenalan diri MyDaftar, di sini, semalam.

Beliau menyerahkan dokumen pengenalan diri kepada 100 pemohon dari Kuala Lumpur dan Selangor.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri G Palanivel; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, yang juga Pengerusi SITF.
Kempen yang dilaksanakan selama lapan hari bermula 19 Februari tahun lalu itu adalah antara inisiatif kerajaan bagi membantu menangani masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri masyarakat keturunan India, yang selama ini menyukarkan pemohon mengakses perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan kerajaan.

Ia dilaksanakan di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. SITF melawat dan membuka kaunter di hampir semua lokasi yang mempunyai kepadatan penduduk India dengan memahami dan menyelesaikan masalah mereka. Permohonan yang diterima membabitkan masalah kewarganegaraan, daftar lewat kelahiran, pindaan butiran sijil kelahiran, anak angkat, pendaftaran perkahwinan dan kad pengenalan.

Perdana Menteri berkata, dengan dokumen pengenalan diri, mereka kini dapat mengakses perkhidmatan dan kemudahan kerajaan, termasuk dalam sektor pendidikan, kesihatan dan kebajikan.

“Pemohon yang berjaya juga layak mendaftar sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekali gus mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan negara. Keadaan ini cukup bermakna kerana ia berbeza dengan dunia tanpa status sebagai warga negara,” katanya.

Najib juga berkata, kempen MyDaftar berjaya mencipta sejarah sebagai satu pendekatan berpaksikan konsep turun padang oleh agensi kerajaan menemui masyarakat India.
BN Bagus !!~

Post a Comment

0 Comments