Full Width CSS

NOW : Tan Sri Muhyiddin Yassin Di Parlimen Batu

Sekarang ini Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada di Parlimen Batu. Beliau dalam rangka lawatan kerja ke parlimen² seluruh Wilayah Persekutuan bagi meninjau persiapan jentera pilihanraya.


Ketibaan TPM tadi disambut oleh pimpinan Bahagian, Negeri dan Pusat. Turut sama menyambut TPM, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Raja Nong Chik, Pengarah JAWI, Datuk Hj Che Mat Che Ali, Ketua Bahagian UMNO Cheras, Datuk Seri Syed Ali. Rakyat juga tidak ketinggalan menemui dan bermesra pemimpin negara.



Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Zakirin, Taman Wilayah Selayang sebentar tadi bersama rakyat yg turut sama.


Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Dato Mokhtar bersama Ketua Pemuda Bahagian Batu, Saudara Azniee Abdullah.


Tan Sri Muhyiddin Yassin turut ditemani Menteri Wilayah Persekutuan dan Kemajuan Bandar sempat meluangkan masa makan  bersama² jemaah yg hadir.


Seronoknya budak² sekarang, mudah benar dapat makan bersama² pemimpin negara hari ini. Terbaik !!~

Selepas ini, TPM akan menuju ke Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Beringin dan akan menyampaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) RM500 kepada penduduk yg terpilih.


Sumber gambar : Zali UMB WP & Mazlan Wahab

Post a Comment

0 Comments