Full Width CSS

2 Kali Banjir Dalam Tempoh 2 Minggu Di Segambut, YB Tak Pernah Kisah Pun


SP tumpang simpati dengan nasib penduduk-penduduk di Kampung Segambut Bahagia, Segambut kerana masalah banjir yang semakin kerap kebelakangan ini.

Menurut salah seorang penduduk di kampung tersebut yang juga merupakan mangsa banjir menerusi perbualan telefon bersama SP sebentar tadi, kejadian banjir ini semakin kerap berlaku berikutan daripada masalah perparitan yang teruk daripada kawasan pembinaan berhampiran kawasan perumahan mereka.

Menurut beliau lagi dalam tempoh tidak sampai seminggu telah berlaku 2 kali kejadian banjir dan menurut beliau kejadian sebentar tadi lebih tinggi paras air yang naik berbanding kejadian hari Khamis yang lepas. Beliau merayu kepada pihak-pihak yang berwajib agar dapat membantu menyelesaikan masalah yang menghantui mereka sejak tahun lepas lagi.

Gambar di bawah ni pulak keadaan jalan raya di hadapan rumah SP selepas hujan lebat selama 2 jam petang tadi. Dah tak boleh nak beza jalanraya dengan sungai.


Teruskan membaca di Puteri Segambut.

Ulasan :

Mana Ahli Parlimen???? Mana si Cina Lip Lim Peng tu???


Kurang ajar betul !!

Isu Teoh Ben Hock bukan main hebat lagi menyalak sana sini. Sebelum tu pula isu membuka sekatan jalan raya di Bukit Mahkota Cheras, bukan main gempak kononnya nak bantu rakyat.

Tapi apa kesudahan nasib rakyat di Segambut?

Post a Comment

0 Comments