Full Width CSS

Himpunan Bersih 3.0 Tiada Permit, Himpunan @HariBelia2012 Ada Permit & Pasti Tiada Rusuhan



Gambar kat atas ni semasa Dato Seri Najib Tun Razak hadir ke Hari Belia Negara (HBN) 2011. Turut serta yang duduk² atas pentas tu ialah Menteri² Kabinet yang sama² hadir memberi sokongan dan galakkan kepada belia.




"Marilah kita berlari beramai-ramai di mana ini adalah sebahagian daripada rencana sambutan Himpunan Jutaan Belia 2012 dan merupakan satu falsafah yang sangat besar iaitu menyerahkan Putrajaya kepada anak-anak muda dalam menyertai aktiviti yang lebih berfaedah,” 

Itulah antara saranan daripada Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek semasa majlis Pra Pelancaran 7th Malaysia International Ekiden Run Putrajaya 2012 di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS). 

Ujarnya lagi,


“Menggalakkan belia mengamalkan gaya hidup yang sihat dan dedikasi adalah salah satu objektif utama aktiviti ini disamping dapat mengeratkan lagi hubungan baik dan sikap persefahaman di antara Malaysia, Jepun serta beberapa lagi buah negara yang lain,” 

Jumlah penyertaan pada tahun 2007 adalah seramai 131 kumpulan peserta manakala pada tahun 2011 meningkat kepada 1073 kumpulan. Jumlah ini meningkat dengan mendadak pada tahun tersebut dan pada tahun ini, jumlahnya dijangka bertambah berdasarkan kepada jumlah permohonan pernyertaan yang diterima urusetia setakat ini. Ianya adalah satu jumlah yang terbesar dalam sejarah penganjuran Ekiden itu yang turut mencatatkan rekod di dalam The Malaysia Book Of Record.

Dato’ Sri Ahmad Shabery didalam ucapannya menyarankan agar pihak penganjur menghadkan jumlah penyertaan kepada 1,000 pasukan sahaja. Jumlah ini masih besar memandangkan penganjuran di negara ini masih mencatatkan jumlah terbesar dikalangan negara-negara yang pernah menganjurkan larian ini termasuk di negara Jepun dan Singapura.

Beliau juga mencadangkan supaya jumlah penyertaan terdiri dari pelbagai kaum dan peringkat umur bagi memperlihatkan keunikan masyarakat negara ini.

“Diharapkan agar program seperti ini adalah program yang terhebat dan dapat memberi kebaikan kepada golongan muda dan mendekati mereka dengan lebih berkesan pada kali ini,”



Untuk mengetahui maklumat serta pelbagai lagi acara yang bakal diadakan di HBN 2012 nanti, jom LIKE & FOLLOW  



Jom join Facebook Hari Belia Negara 2012





Jangan lupa follow Twitter Hari Belia Negara 2012





Maklumat lanjut, jom tengok website Hari Belia Negara 2012




Twitter : @REZQEENHILL
BBM : 23C29857
Email : reezqeenos@gmail.com

Post a Comment

0 Comments