Full Width CSS

Sang Saka Bangsa Tawan Wilayah Persekutuan @umbkl

Sudah hampir seluruh Malaysia, Sang Saka Bangsa diarak berlari oleh orang² UMNO yang bakal meraikan ulangtahun yang ke 66 pada 11 Mei 2012 ini.

Baik dari Perlis, Kelantan, Johor, Sabah dan Wilayah Persekutuan. Semuanya membawa bendera yang sama iaitu Sang Saka Bangsa, bendera keramat parti UMNO.

Pada hari Ahad lepas (6 Mei 2012), telah diadakan larian Sang Saka Bangsa ke seluruh bahagian² UMNO di Wilayah Persekutuan.



















Larian Sang Saka Bangsa UMNO ini telah meliputi keseluruhan kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan. Sabtu : Parlimen Putrajaya
Ahad : Parlimen Lembah Pantai - Segambut - Batu - Wangsa Maju - Setiawangsa - Titiwangsa - Bukit Bintang - Cheras - Seputeh dan diakhiri di Bandar Tun Razak

Pada hari tersebut juga, larian ini telah mendapat kerjasama baik daripada Polis Trafik (PDRM) yang membantu menjayakan larian yang meliputi sekurang²nya 60 km.



Video larian Sang Saka Bangsa UMNO akan dikeluarkan dalam masa terdekat nanti. Sama² kita tunggu.

 Dibawakan khas oleh,


Twitter : @REZQEENHILL
BBM : 23C29857
Email : reezqeenos@gmail.com

Post a Comment

0 Comments