Full Width CSS

Anwar Terkedu Dengan Pengumuman @NajibRazak #bn4wp

Semasa bertemu dengan ribuan pemandu teksi di Perkarangan Stadium Bukit Jalil, Ahad lalu. Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak gembira melihat ribuan pemandu teksi yang sanggup menghadirkan diri untuk menjayakan program rakyat ini.


Dalam majlis tersebut, Najib mengumumkan subsidi tayar berjumlah RM520 untuk sebuah kereta setahun. Bermakna, setahun sekali pemandu teksi boleh mendapatkan subsidi tersebut yang berjumlah keseluruhannya RM35 Juta.

Sebelum ini Anwar mencanang keseluruh negara bahawa jika PR berkuasa kelak, nasib pemandu teksi akan terus terbela dan setiap pemandu yang masih lagi menyewa permit dari syarikat akan mendapat permit persendirian.


Itu kata Anwar, namun janji Perdana Menteri. Syarikat teksi akan dihapuskan sama sekali kerana dirasakan seperti penghambaan zaman moden. So berkemungkinan besar, pemandu teksi sewa bakal mendapat sorang satu permit. Itu janji Najib dan janji kerajaan akan ditepati.

Seterusnya, Najib juga mengumumkan skim insurans berkelompok pemandu-pemandu teksi yang diletakkan di bawah PEMANDU yang diuruskan oleh Dato Seri Rais Yatim. Yang mana dana keseluruhan skim ini mencecah RM1 Juta, khas untuk menjaga kebajikan pemandu teksi.

Antaranya..

* Kematian Akibat Kemalangan - RM10,000
* Hilang Upaya Akibat Kemalangan - RM10,000
* Kos Rawatan - RM500
* Khairat Kematian Akibat Kemalangan - RM1,5000
* Khairat Kematian Biasa - RM1,000

Skim ini berkuat kuasa serta merta apabila pemandu teksi mendaftarkan diri. Pengumuman Najib pada Ahad lepas dirasakan antara pengumuman yang menguntungkan pemandu-pemandu teksi seluruh Malaysia.



Tahniah Barisan Nasional !

Berjanji Dan Janji Ditepati


Twitter : @REZQEENHILL 
BBM : 23C29857 
Email : reezqeenos@gmail.com  

Post a Comment

0 Comments