Full Width CSS

Edisi Sahur : PAS Tetap Laksana Hudud Jika Memerintah?



Pas tetap berkeras akan melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 meskipun tidak dipersetujui oleh rakan sekutunya, DAP.

Menurut Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kaum Cina terutama yang kaya-raya akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan hukum tersebut kerana ia dapat menjaga keselamatan dan harta benda mereka.

Menurutnya, kebanyakan kes kecurian yang berlaku di negara ini melibatkan orang kaya dan jika dilihat taraf sosial masyarakat, lebih ramai individu kaya datang daripada kaum Cina berbanding Melayu.

"Seperti saya sebut di Ipoh mula-mula dulu, kalau pencuri, dia curi rumah orang miskin ke orang kaya? Sudah tentu curi rumah orang kaya.

"Melayu dengan Cina ini, kaya Cina lagi, jadi mereka lebih mustahak untuk hukum hudud ini kerana mereka ramai orang kaya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. -UM

Ulasan :

Saya percaya PAS dan sekutunya hanya mampu berjanji. Janji inilah juga yang dijaja pada PRU 12 yang lepas. Hasil daripada itu, PAS berjaya menakluk Kedah dan mempertahankan negeri Kelantan tapi adakah PAS melaksanakan Hudud di kedua² negeri tersebut.



Post a Comment

2 Comments

  1. Lagu wajib menjelang setiap kali pilihanraya....

    ReplyDelete
  2. Semua orang tahu pas tak mampu melaksanakan hudud sebab tuan2nya i.e pkr,dap tak mau hudud.Pas nak tipu siapa?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..