Full Width CSS

Persendakan UMNO, Lajim Diberi Surat Tunjuk Sebab

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa Ibu Pejabat UMNO telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Datuk Seri Lajim Ukin berkaitan mengapa beliau tidak boleh dipecat daripada UMNO berikutan pengumuman perletakan semua jawatan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada 28 Julai lalu.


Katanya, Lajim perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut dalam tempoh 14 hari bagi dipertimbangkan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan UMNO.

“UMNO memandang serius apa yang dilakukan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Lajim Bin Ukin khususnya dalam pengisytiharan gerakan ‘Pakatan Perubahan Sabah’ (PPS) selain hubungan akrab dengan pakatan pembangkang yang seolah-olah mempersenda kepimpinan dalam UMNO,” katanya.

Jelas beliau, Perlembagaan UMNO Fasal 20.8 telah menetapkan bahawa semua ahlinya hendaklah cintakan parti serta patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli selain sentiasa memelihara nama baik dan maruah parti.

“Apa yang berlaku ini adalah isu dalaman yang bersifat peribadi membabitkan Lajim dan orang-orang tertentu dalam kancah politik negeri maka ia tidak sewajarnya dikaitkan dengan parti yang telah banyak berjasa kepada negara dan rakyat keseluruhannya,” tegas beliau.

Lajim telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta merta Sabtu lalu di kediamannya di Likas Jaya.


Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli UMNO serta ahli UMNO.

Ulasan :

Walaupun Lajim memberi surat tunjuk sebab, apakah tindakan yang bakal dia terima padahal dia sendiri dah declare keluar daripada UMNO?

Kalo murtad tu boleh lah dihukum rejam sampai mampus tapi kalo keluar dari UMNO, tiada apa² bentuk tindakan rasanya. Seperti nak berhenti kerja, majikan akan berikan form untuk diisi dan di dalamnya terdapat MENGAPA berhenti, APA penambahbaikan syarikat boleh lakukan, PANDANGAN terhadap syarikat dan bla bla bla.

Pengakhirannya, surat tersebut apa jadi? Hehehe..

Kalo dah sampah tu, UMNO patut layan macam sampah.

Post a Comment

0 Comments