Full Width CSS

NOW : Nur Ramadhan Di Taman Melati #bn4wp

Sekarang ini tengah berlangsung program Majlis Berbuka Puasa Bersama Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Program yang dinamakan Nur Ramadhan ini dilangsungkan di Masjid Salahuddin Ayyubi, Taman Melati, Wangsa Maju.

Pada majlis ini, TPM akan menyampaikan bantuan kepada orang kelainan upaya (OKU), warga usia emas dan pertubuhan amal sebagai mengenang tanda ingatan dan meringankan beban mereka di kala menyambut bulan Syawal nanti.

Menurut geng Unit Media Baru Wilayah Persekutuan (UMBWP) di lokasi, dianggarkan hampir 1,000 orang sudah berada di persekitaran Masjid.

Selamat berbuka puasa.


Sent Via BlackBerry® Smartphone Powered By UMNO

Post a Comment

0 Comments