Full Width CSS

Pakatan #JanjiBersih Tiada Modal Sambut Ambang Merdeka #JanjiDitepati #Merdeka55

Saya masih tidak paham dan mengetahui sama ada ianya merupakan tuntutan ataupun saja menggatal berhimpun di Dataran Merdeka pada ambang Merdeka 30 Ogos 2012 ini.


Apa lagi yang malaun-malaun yang sama menganjurkan Bersih 3 suku yang lepas mahukan untuk sambutan kemerdekaan ke 55 tahun Malaysia nanti.

Sebelum solat Jumaat tadi, saya sempat ke Sidang Media Gabungan Janji yang mahukan kerajaan sedia ada hari ini melunaskan demoktratik. Daripada mula sidang media tersebut hingga ke akhirnya, saya masih tidak memahami apakah tujuan sebenar penganjur mahu berhimpun pada malam tersebut.

Mereka asyik mention kan hal berkaitan Keluhuran Perlembagaan yang tidak diperincikan secara rapi dan kemas. Kemudian, penganjur berkata mereka menuntut Kedaulatan Undang-Undang. Diperincikan lagi seperti yang terdapat pada lampiran yang diberikan kepada media iaitu,

a) mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara
b) memansuhkan akta zalim
c) kebebasan media

Seterusnya seperti biasa, mereka menuntut pilihanraya yang adil.

Saya merasakan penganjur program sudah kehilangan modal untuk menarik sokongan rakyat terhadap mereka. Di sini saya huraikan ulasan setiap satu permintaan daripada penganjur.


a) Hak sivil dan bebas bersuara
Selama tempoh ini, pihak penganjur harus mengutarakan apakah hak sivil dan hak kebebasan bersuara yang dihalang oleh kerajaan? Adakah kerajaan pernah menyekat sebarang program rakyat yang dianjurkan Pembangkang ataupun golongan rakyat sendiri?

Dalam pada masa yang sama adakah kerajaan langsung menolak mentah-mentah suara rakyat? Kerajaan hari ini telah melakukan transformasi yang mana rakyat boleh mengutarakan cadangan dan pandangan mereka sebelum Pembentangan Bajet Tahunan dilakukan.

b) Memansuhkan akta zalim
Apakah akta zalim yang dimaksudkan? Adakah ia merujuk kepada ISA yang telah digantikan dengan akta yang baru atau sebenarnya pihak Penganjur sudah kehabisan modal untuk berperang dengan akta-akta yang menjamin keselamatan rakyat.

c) Kebebasan media
Tak perlu melihat dan berfikir lebih jauh tapi lihatlah media-media dan lidah-lidah rasmi Pembangkang hari ini yang tidak pernah disekat pengeluaran dan percetakannya oleh kerajaan walaupun ia jelas terdapat unsur-unsur fitnah dan pelbagai lagi. Contoh terbaik sekali, Malaysiakini.

Ini tidak termasuk dengan kebebasan media baru seperti Twitter, Facebook dan Blog yang banyak menyumbang kepada kerancakan dan ketidakstabilan politik negara.

Jadi apa lagi tujuan asal untuk penganjur menghimpunkan beberapa orang rakyat di Sambutan Ambang Merdeka nanti. Bagi saya ia tetap sama seperti penganjuran Bersih 3 suku yang lepas di mana matlamat asal berhimpun telah dipijak-pijak.


Apa pun tak boleh. Korang pergilah dengar si orang tua A Samad Said bersajak dari pukul 8 malam sampai 12 malam.

Baik berhimpun di Stadium Nasional Bukit Jalil masa malam Merdeka nanti.

Post a Comment

0 Comments