Full Width CSS

#AspirasiMahasiswa Menang 22 - 29 Di UPSI


Barisan Kem 'We Love UPSI' menunjukkan isyarat 'bagus' sejurus keputusan calon layak bertanding diumumkan

Kem 'We Love UPSI' hari ini telah memenangi 22 daripada 29 kerusi yang dipertandingkan pada hari penamaan calon petang tadi. Pro Pembangkang pula mendapat 1 kerusi percuma di Fakulti Sains dan Matematik apabila salah seorang calon 'We Love UPSI' yang akan bertanding di Fakulti tersebut menarik diri disaat akhir.

Kem 'We Love UPSI' menafikan bahawa penarikan calon disaat-saat akhir berpunca daripada masalah dalaman dan menghormati keputusan calon tersebut.

Kemenangan calon Pro Pembangkang, Wan Nur Atiqah Bt Wan Mohamad Zamri di kerusi Fakulti Sains Matematik menimbulkan pertikaian kerana calon tersebut telah diiktiraf menang tanpa mengisi manifesto diruangan borang penamaan calon.

Wan Nur Atiqah, Calon Pro Pembangkang diiktiraf menang walaupun tidak menulis manifesto di borang penamaan calon. [Klik untuk besarkan]

Menurut Fadhli Saad, jentera 'We Love UPSI', "sebelum ini 5 orang calon dari Pro Pembangkang telah dibatalkan pencalonan kerana tidak mengisi manifesto dan seorang lagi melakukan penipuan menulis tarikh tandatangan kelulusan dekan

"Sewajarnya calon Wan Nur Atiqah dibatalkan penyertaan walaupun tiada bantahan daripada calon lawan. Nur Zakira Binti Awang dari kem 'We Love UPSI' tidak boleh membantah kerana pada ketika itu dia perlu menghadiri kuliah. Kami sedar kesilapan itu tetapi kita tidak punyai kuasa untuk membantah melainkan calon sahaja."

Pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar UPSI harus mengambil serius perkara ini kerana telah memberi kemenangan kepada calon yang tidak mempunyai manifesto. Calon yang hendak bertanding perlu mempersiapkan diri dengan manifesto kerana manifesto ialah asas kepada perjuangan yang hendak ditegakkan.

Sumber : UPSIdaily

Post a Comment

0 Comments