Full Width CSS

Bas Maksiat @Khalid_Ibrahim Diserang Lagi, Kini Di Melaka


Lepas satu-satu kejadian malang menimpa bas maksiat milik PKR ini. Kali ini bas Jelajah Merdeka & Dosa Bersama Rakyat telah disabotaj di negeri Melaka pula semasa dalam road tour ke sana.

Apalah malang bas yang didoakan oleh Nik Aziz ni. Agaknya doanya tidak diperkenankan Allah kot. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Sekali lagi, Anwar melalak kononnya bas ini diserang oleh puak-puak UMNO yang tidak mahu menerima kehadiran dirinya di kawasan tersebut. Barangkali setiap perkara yang bermain di fikiran Anwar ialah apabila sesuatu perkara negatif ataupun buruk terjadi pastinya semua dihalakan kepada UMNO.

Anwar dan kuncu-kuncunya harus ingat. Tidak semua golongan rakyat yang tidak bersekutu dengan mereka ini adalah dari UMNO. Ada di kalangan golongan rakyat terdiri daripada PKR sendiri kerana mereka sudah geli dan meluat dengan tabiat buruk Anwar dan kuncu-kuncunya.

Jika setiap dakwaan Anwar ini ditujukan kesalahan kepada UMNO maka Anwar sendiri seharusnya mengemukakan bukti yang sahih apakah si pelaku merupakan orang UMNO? Tindakan menuduh UMNO secara sembrono menunjukkan diri pemimpin PR ini sebenarnya bodoh dan hanya membuat tuduhan pada satu pihak tanpa memikirkan soal benar ataupun tidak.

Saya pasti para pembaca pun boleh menilaikannya. Di sini saya ingin mempersoalkan mengapa bas 2 tingkat yang kononnya dilengkapi dengan ciri-ciri canggih di dalamnya tidak mempunyai kamera CCTV di hadapannya untuk tujuan keselamatan?



Apakah bas sehebat ini hanya mempunyai reversed camera saja apabila memakirkan kenderaan sebesar ini? Bas ini perlu ada CCTV untuk tujuan keselamatan dan jika terbukti ada orang yang bertindak membaling cat, sekurang-kurangnya bukti boleh diserahkan kepada Polis untuk siasatan berdasarkan wajah ataupun nombor plat kenderaan jika si pelaku menggunakan motorsikal atau kereta.

PKR sebuah parti yang kaya raya tapi takkan CCTV yang semahal RM1,000 untuk dipasang pun tak mampu dilakukan? Perlu ker saya selaku Pemuda UMNO menaja CCTV tersebut? Hahaha.

Teringat pula desakan Ketua Pemuda UMNO Selangor kepada Khalid Ibrahim berhubung status bas tersebut. Ada kurang 24 jam untuk Khalid Ibrahim jawab.

Post a Comment

0 Comments