Full Width CSS

Bas Mewah #Merdeka55 Anwar Ibrahim Disabotaj (SOKOP)


Suara-suara nyalakkan dari sebelah Pembangkang sudah mula kedengaran menyalahkan kerajaan disebabkan bas mewah yang membawa Anwar Ibrahim ke serata semenanjung Malaysia telah disabotaj.

Bas mewah seakan transformers ini dikesan berada di hadapan Ibu Pejabat PKR pada hari Selasa lepas dan hari-hari berikutnya berlambak-lambak gambar bas mewah ini di dalam rangkaian media sosial negara.


Menurut info dan pembacaan saya, bas ini merupakan sumbangan daripada kerajaan negeri Selangor kepada Anwar Ibrahim dan PKR untuk dijadikan pengangkutan utama Jelajah Merdeka Rakyat ke seluruh negara. Tempat menyimpan luggage bas ini juga turut berfungsi sebagai tempat berdiri ataupun pentas ceramah.

Berbalik kepada kejadian di mana bas mewah ini disabotaj. 

Menurut pengamal media sosial milik Pakatan telah memberi hint kononnya gangster telah diupah untuk mensabotaj bas ini. Mereka membayangkan bahawa UMNO dan BN di sebalik kejadian yang berlaku ini. Itu yang dijaja untuk awal hari ini oleh Pembangkang.

Menurut info lagi, kejadian ini didakwa berlaku berhampiran Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu Kelantan. Kononnya juga ketika berlaku, Nik Aziz juga turut berada di dalam bas tersebut?


Saya merasakan kejadian yang berlaku ini mungkin disebabkan rasa sakit hati rakyat Selangor kerana kerajaan negeri menganugerahkan bas mewah ini dari sumber kewangan negeri kepada pemimpin Pakatan untuk menjelajah negara dan menyampaikan ceramah berbaur hasutan.

Itu pandangan saya. Rakyat berhak membuat penilaian terhadap setiap tindakan kerajaan negeri. Dan untuk makluman Khalid Ibrahim dan juga keseluruhan kepimpinan Pakatan, rakyat semakin bijak !

Tapi menurut pandangan saya yang lain, saya merasakan ini merupakan satu perancangan yang telah disusun oleh Pakatan sendiri. Melalui artikel saya sebelum ini yang melihatkan bagaimana ceramah Anwar Ibrahim di Lembah Pantai kononnya diserang dengan cara yang dipanggil Standard Operation Kill Our People (SOKOP).

Baca sini berkenaan isu serangan tersebut.



* Kebiasaannya yang simbah cat merah ni geng-geng Ah Long je. Takkan pinjam Ah Long kot beli bas? Hahaha tak mungkin..

Post a Comment

0 Comments