Full Width CSS

Bila Agaknya Badang Malaysia Bakal Bergelar Datuk?

Sebut saja namanya pasti akan dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia dan juga para penggiat sukan bina badan Asia. Namanya Sazali Samad. Beliau merupakan atlet bina badan yang tidak pernah mengecewakan para peminatnya dan rakyat Malaysia.


Baru-baru ini, atlet yang bakal menjangkau usia 45 tahun ni sekali lagi dinobatkan Mr Asia untuk kali ke 8 (lapan). Saya ulangi, kali ke 8.

Hebat pencapaian yang dicipta oleh anak Malaysia sorang ni. Tanpa ada publisiti yang banyak diberikan tiba-tiba membuat kejutan sekali lagi.

Jika di Amerika, saya rasa Sazali Samad ni dah boleh jadi Gabenor negeri seperti idola ramai Arnold Schwerzenger. Jika di sini, peluang untuk menjadi Wakil Rakyat tu sangat jauh la tapi mengambil masa yang lama.

Kenapa tidak, nama jaguh bina badan yang berpangkat Sub Inspektor ini dianugerahkan darjat kebesaran yang membawa gelaran Datuk. Apa salahnya jika pengurusan bina badan negara mencadangkan nama Sazali Samad untuk tujuan tersebut. Lebih mulia calonkan nama Sazali berbanding nama orang-orang di sebalik tabir.

Saya berharap apa yang saya coretkan di sini akan diterima pakai oleh pihak-pihak tertentu dan harap sesuatu dilakukan atas jasa kerana mengharumkan nama negara.

Datuk Lee Chong Wei, jaguh badminton.
Datuk Nicol David, jaguh skuasy.
Datuk Sazali Samad, jaguh bina badan.

Post a Comment

0 Comments