Full Width CSS

PM @NajibRazak Sedia Berjumpa Keluarga Budak Tunjuk Pungkok


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedia jumpa keluarga Ammar yang menunjuk punggung di gambarnya dikhalayak ramai ketika perhimpunan Janji Bersih malam ambang merdeka yang lalu.

Tindakan Perdana Menteri untuk berjumpa keluarga Ammar yang tinggal di Batu Pahat adalah amat tepat untuk mengetahui masalah pelajar berkenaan dengan lebih dekat.

Dalam perkembangan yang sama, Naib Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Mohd Yusof Ahmad berkata kepada Putrajaya Online, "pihak belia negeri Johor telah menemui keluarga Ammar kelmarin. Ibu bapanya amat kesal dengan tindakan Amar yang tidak melambangkan seorang mahasiswa yang bertamadun."

Bapa Ammar, A. Rahman berkata, "tindakan Ammar itu memang diluar jangkaan kami, setahu saya anak saya tidak pernah melibatkan diri dalam parti politik. Saya beranggapan Ammar terpengaruh dengan rakan-rakan mereka."

Mohd Yusof berkata lagi "tindakan Ammar ini sebenarnya berpunca daripada 3 perkara yang tidak ada dalam dirinya sebagai mahasiswa. Pertamanya moral, jika dia mempunyai akhlak yang baik saya fikir Ammar tidak akan melakukan perbuatan tersebut. Kedua, ketatanegaraan, seseorang yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi makanya mereka akan mengamalkan 5 prinsip Rukun Negara. Rakyat Malaysia hari ini sudah mula melupakan elemen-elemen dalam rukun negara.


Elemen ketiga ialah Sejarah, selama 55 tahun Merdeka kita amat menghormati panji perjuangan kita Jalur Gemilang. Ketika perhimpunan itu, ada peserta Janji Bersih mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' tidak berlaku jika pihak penganjur Janji Bersih bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan. Mereka sepatutnya belajar sesuatu dari pengalaman Bersih 3.0. Bila sudah terjadi perkara ini baru hendak menuding jari menyalahkan pihak lain. Itu sudah terlambat. katanya lagi kepada Putrajaya Online.

Keluarga Ammar dikhabarkan turut menyatakan kesediaan menemui Perdana Menteri untuk memohon maaf atas tindakan Ammar. Dalam pada itu, Majlis Belia Johor sedang berusaha untuk menemui keluarga remaja perempuan yang memijak gambar Perdana Menteri.

Post a Comment

0 Comments