Full Width CSS

Kabinet Bayangan PR Dibayangi Skandal Sana Sini #PRPenipu


Apabila didedahkan bahawa PKR telah pun menyenaraikan 20 Menteri dari partinya jika PR memerintah, parti itu telah ditempelak hebat oleh DAP dan juga PAS kerana tidak berbincang terlebih dahulu dengan mereka.

Lalu, kelam kabutlah juak-juak PKR cuba menutup sikap kukubesi ketua mereka, Anwar Ibrahim, termasuklah isterinya sendiri iaitu Presiden parti, Wan Azizah. Maka, Wan Azizah pun berpeluh-peluhlah membuat kenyataan bahawa pihak mereka tidak perlu mengemukakan kabinet bayangan kerana ia tidak perlu. Tetapi, lain pula kata Shuhaimi, ADUN Batu Tiga, iaitu bahawa kenyataan tersebut adalah kenyataan peribadi, atau dalam ertikata lain, senarai atau ëkabinet bayanganí itu benar-benar wujud.

Entahlah sama ada Wan Azizah adalah Presiden parti yang benar-benar tidak tahu apa-apa atau memang suka berbohong, kerana kini terbukti bahawa PKR sememangnya ada menyediakan Kabinet Bayangan tanpa mendapatkan persetujuan DAP dan PAS. Ianya dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik PKR baru-baru ini.

Tak apalah jika PKR nak menafi atau DAP dan PAS nak percaya atau nak bergaduh tarik-tarik tudung Wan Azizah kerana ia bukan masalah kepada rakyat selagi mereka tidak memerintah. Yang menjadi masalah ialah apabila senarai Menteri dan Timbalan Menteri yang ëdibayangkaní oleh PR itu dipenuhi dengan individu-individu yang mempunyai skandal terutama skandal seks.

Namun, apa yang nak dihairankan jika individu yang bakal menjadi Perdana Menteri sendiri mempunyai skandal seks yang tidak dapat dibayangkan oleh manusia-manusia normal. Justeru, apalah sangat setakat skandal Rainbow Lim Guan Eng, bogel Elizabeth Wong atau video seks (?) Mustafa Ali?

Dan jika dilihat dari segi skandal rasuah juga Anwar menjuarai semua dengan 3 billion yang belum berjawab, diikuti dengan soal mengotakan slogan Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang tidak mampu dibuat oleh si ëCocky, Arrogant, Tokong (CAT) Limí dalam mentadbir Pulau Pinang dan lain-lain.

Dan lagi, bagaimana pula teman sekatil Elizabeth Wong telah berada secara haram di Indonesia, serta bagaimana dengan kematian Teoh Beng Hock yang dikaitkan dengan rangkaian pemimpin DAP?
Baca lagi di sini.

Post a Comment

0 Comments