Full Width CSS

#TolakPR Untunglah PR, Ada 'Cleaner' Yang Setia

Pas hari ini dilihat sekadar menjadi ‘tukang cuci terhormat’ terhadap apa jua kekotoran yang dilakukan rakan pakatan mereka terutama Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris berkata keadan itu boleh dilihat serta dinilai oleh seluruh rakyat hari ini dan jika diteliti serta diperhalusi gelaran tersebut sememangnya ada asasnya.

Sambil menyatakan simpati terhadap situasi berkenaan, beliau seterusnya menambah sudah tiba masanya mereka berfikir dengan sedalam-dalamnya apa yang berlaku itu demi masa depan parti berkenaan.


“Saban waktu ada sahaja isu dan dakwaan yang melibatkan tokoh pembangkang dan seperti biasa pimpinan Pas akan terus bertungkus lumus untuk menjawab atau memainkan peranan seperti di atas dalam usaha menutup kekotoran yang dilakukan rakan pakatan mereka.

“Kita tidak tahu sampai bila Pas boleh bertahan untuk terus menjadi rakan pakatan yang peranannya hanya sebagai tukang cuci dari isu wakil rakyat bogel, sokong Israel, skandal jamban, liwat dan macam-macam lagi,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Ustaz Noor seterusnya percaya rata-rata penyokong Pas di akar umbi pun sudah melihat dan memperkatakan hal berkenaan sedangkan apa yang sepatutnya dilakukan adalah mempertahankan prinisp perjuangan.

“Kita percaya dan ini pun diperkatakan oleh masyarakat di luar Pas yang mana selagi parti itu terus bersama pakatan pembangkang maka selagi itulah Pas akan menjadi tukang cuci kepada najis yang ditinggalkan pemimpin rakan pakatannya terutama PKR.

“Dah banyak kali saya sebut dan dah banyak kali saya sarankan dan bukanlah niat untuk mengajar mereka tetapi melihatkan situasi semasa hari ini, sewajarnya rakan-rakan saya yang masih setia bersama Pas, eloklah bermuhasabah sementara masih berkesempatan,” katanya.

Post a Comment

0 Comments