Full Width CSS

2 in 1 Program SHEB & Pemuda UMNO Dapat Sambutan Hebat @NajibRazak @tengkuazman #bn4wp


  
Rutin mingguan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) yang dipengerusikan oleh YM Tengku Azman Tengku Zainol Abidin di Masjid IndiaKuala Lumpur setiap hari Selasa adalah membuka dan menyediakan kaunter untuk golongan gelandangan memeriksa kesihatan serta mendapatkan rawatan secara basic di sana dan mereka akan diberikan sebungkus nasi campur.



Program ini sememangnya diadakan tanpa gagal walaupun Cuti Umum. Untuk info, semalam merupakan minggu ke 141, SHEB terpacak di Masjid India. Boleh baca di sini mengenai bantuan SHEB lakukan di Masjid India.


Pada program semalam, Pergerakan Pemuda UMNO Bukit Bintang yang tetap diketuai oleh YM Tengku Azman telah membuka sebuah lagi kaunter untuk pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0. Umum mengetahui BR1M 2.0 merupakan inisiatif kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat yang telah termaktub dalam Bajet 2013 seperti yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak.

Kaunter pendaftaran BR1M 2.0 telah dibuka seawal jam 5 petang dan sambutan yang diterima sungguh menggalakkan.



Pendaftaran dilakukan secara online untuk pemohon yang telah memahami secara terperinci akan syarat-syarat serta perkara-perkara lain yang dinyatakan dalam proses permohonan BR1M 2.0. Tetapi bagi pemohon yang masih lagi memerlukan info, Pemuda UMNO turut memberikan penerangan dan memberikan borang untuk dibaca dan diisi secara manual dan boleh diserahkan bila-bila masa di premis kerajaan yang telah ditetapkan.

Sasaran untuk mendaftarkan golongan muda yang berusia 21 tahun ke atas dan pemohon pertama kali sangat memuaskan serta memberangsangkang. Rata-rata golongan ini telah mengetahui akan BR1M 2.0 dan cuma mengalami masalah tidak tahu saluran untuk mendaftarkan diri sebagai pemohon.



Penjawat Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga turut tidak melepaskan peluang mendaftarkan diri sebagai pemohon BR1M 2.0 yang dijangka akan mula diagihkan awal tahun 2013. Dah tak lama dah.


Sebanyak 200 permohonan didaftarkan secara online telah berjaya dilakukan dan angka ini mungkin bertambah dari semasa ke semasa.



Dalam program 2 in 1 ini, SHEB turut mendaftarkan golongan gelandangan yang cukup syarat sebagai penerima BR1M 2.0. Ada juga kebanyakan mereka tidak layak untuk menerima BR1M 2.0 disebabkan tiada alamat rumah ataupun dalam bahasa tepatnya homeless / tiada tempat tinggal dan ada juga di antara mereka ini bukanlah warganegara Malaysia.

Sekalung tahniah buat Pergerakan Pemuda UMNO Bukit Bintang & SHEB kerana bertungkus lumus menjadikan orang tengah antara kerajaan dan rakyat. Semoga usaha ini berterusan untuk masa akan datang.


BN Bagus


Download borang BR1M di sini.
Mendaftar secara online di sini.

Post a Comment

0 Comments