Full Width CSS

2nd Wave Road To Gaza Dilancarkan @NajibRazak #PAU2012

Hari ini Kelab Putera 1 Malaysia telah mengadakan satu Majlis Pelancaran "Road To Gaza : Human Mission" di PWTC dan pelancaran tersebut telah di sempurnakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan selepas mendapat persetujuan dari Perdana Menteri Malaysia, YAB DS Najib Razak bagi membantu Rakyat Palestin yang ditindas Rejim Israel untuk menghadapi musim sejuk yang bakal tiba di Palestin.


Dalam sidang media tersebut, Dato Azeez Rahim menyatakan misi yang di lakukan Kelab Putera 1 Malaysia akan membawa bekalan bantuan kepada rakyat Gaza di dalam menghadapi suasana musim sejuk seperti selimut, bahan makanan yang akan di beli di Mesir serta Gaza dan ubat-ubatan yang telah di beli di Malaysia.

Menurut Dato' Azeez Rahim Sebanyak USD 150 ribu telah di belanjakan Kelab Putera 1 Malaysia untuk membeli ubat-ubatan di Malaysia.

Selain dari membawa bekalan bantuan kepada penduduk di Gaza, Dato Azeez Rahim melalui Kelab Putera 1 Malaysia juga akan membawa sebanyak 30 doktor sukarelawan di dalam misi kemanusiaan tersebut bagi membantu Kelab Putera 1 Malaysia memberi bantuan kepada penduduk Gaza yang memerlukan bantuan.

Dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza kali yang ke 2 ini , satu badan NGO, Gerakan Belia 1 Malaysia juga akan turut tampil bersama Kelab Putera 1 Malaysia di dalam menyampaikan misi kemanusian di Gaza, Palestin.

Menurut Presiden Gerakan Belia 1 Malaysia, Shahrul Nasrun Dato' Kamarudin, badan NGO terbabit akan bawa bersama 5 orang doktor sukarelawan bagi membantu Kelab Putera 1 Malaysia di Gaza dalam misi tersebut.

Bagi misi kemanusiaan kali ini, Duta Mesir ke Malaysia dan Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush juga akan memberi kerjasama bagi membantu memudahkan perjalanan misi kemanusiaan tersebut.

Post a Comment

0 Comments