Full Width CSS

@anwaribrahim Didik @n_izzah Dengan Ideology Pluralism & Liberalism #TolakPR


Usaha pembangkang bersama pihak berkepentingan lain untuk menjadikan Malaysia sebagai negara dengan aliran pluralisme agama dan liberalisasi kini semakin jelas apabila pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) lantang menyokong isu kebebasan beragama.

Kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama sepatutnya terpakai dalam kalangan orang Melayu bukan hanya merupakan strategi politik pembangkang tetapi lebih kepada gerakan pluralisme agama.

Ini bukan gerakan biasa pembangkang, tetapi usaha bersungguh-sungguh mereka. Tindakan itu mesti ditentang habis-habisan kerana amat berbahaya.

Penulis sebenarnya bimbang gerakan ini semakin merapati rakyat Malaysia meskipun secara perlahan kerana mampu memberi kesan di luar jangkaan pada masa akan datang.

Hal ini susulan kenyataan Nurul Izzah pada Forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? di Subang Jaya, Selangor Sabtu lalu mengenai kebebasan beragama di negara ini yang sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk orang Melayu.


Penulis juga turut melahirkan kebimbangan terhadap aliran pluralisme di negara ini dan meminta rakyat membuat pertimbangan berasas terhadap setiap kenyataan atau tindakan pembangkang.

Aliran itu dibawa pemimpin pembangkang yang membawa imej ulama atau Islam walaupun mereka bukan seperti yang dipamerkan.

Pembangkang sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa menghalalkan apa yang haram demi mencapai matlamat mendapatkan undi dan kuasa memerintah.

Ini dapat digambarkan dengan mengambil contoh sikap dan tindakan Nurul Izzah yang dilihat tidak malu membuat kenyataan seumpama itu meskipun perkara tersebut telah dirancang.

Pada pandangan penulis, Nurul Izzah kalau tidak tahu tentang hukum hakam agama, buat cara tidak tahu. Dia perlu belajar ilmu Islam supaya tidak sesat.

Jadikan ulama yang diiktiraf sebagai rujukan bukan main belasah je wahai Nurul Izzah!

Post a Comment

0 Comments